Tajuk : Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa
link : Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa
Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa
Pelakon Lufya Omar dilaporkan sudah berbadan dua selepas hampir tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga bersama Che Muhammad Hafiz, yang juga merupakan seorang doktor.
Memetik laporan mStar online, Lufya memberitahu, dia kini sedang hamil empat bulan dan mula berasa mual di peringkat awal kehamilan.
“Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan.
“Biarpun kami tidak pernah merancang soal memiliki cahaya mata, namun rezeki ini kami terima dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya mengakui sejak kebelakangan ini dia lebih peka dengan bau-bauan selain mudah alah dengan beberapa jenis wangian.
“Morning sickness memang ada. Saya jadi lebih peka dengan bau-bauan dan ada di antara bau wangian membuatkan saya rasa nak muntah,” katanya bersyukur keadaannya kini mula beransur pulih.
Selain itu, Lufya bercadang untuk menjalani proses berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa selepas melahirkan anaknya nanti.
“Selepas bersalin, apa yang saya harapkan saya dapat menguruskan badan dengan berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa. Dah kurus baru saya sedia kembali berlakon,” katanya.
Sementara mengenai perkembangan seni, bekas pelajar Akademi Fantasia keenam ini memberitahu, dia dan suami akan tampil menerusi program ‘Romantika’ siaran Astro Ria bersempena bulan Ramadan ini.
Lufya kini turut mengeluarkan jenama pakaian raya sendiri bersama suami bawah jenama ‘Lulu & Ken’.
The post Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rocZB0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa
Anda sedang baca artikel Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/lufya-mahu-berpantang-cara-melayu-dan.html
0 Response to "Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa"
Catat Ulasan