Tajuk : Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan
link : Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan
Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan
SEKURANG -kurangnya dua terbunuh dalam letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada Rabu, demikian menurut laporan agensi berita Indonesia, Antara.
Dilaporkan lima orang awam turut cedera dalam kejadian dua letupan bom, yang berselang lima minit, disyaki kes letupan oleh pengebom bunuh diri pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Agensi itu melaporkan setakat ini, dua yang terbunuh masing-masing adalah lelaki dan wanita.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Rumah Sakit Jatinegara, Jakarta Timur.
Maklumat masih tidak jelas tetapi beberapa saksi berkata letupan pertama dan kedua berlaku selang lima hingga 10 minit berdekatan perhentian bas dan tempat letak motosikal.
Polis masih belum mengetahui punca letupan, tetapi beberapa gambar dan video dari tempat kejadian yang tersebar tidak lama selepas itu menunjukkan terdapat cebisan daging manusia dan bahagian-bahagian yang terpisah dari badan, termasuklah apa yang kelihatan seperti kepala manusia di perhentian bas.
Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.
“Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia,” katanya.
Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit. – mStar Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmbEXe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan
Anda sedang baca artikel Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/letupan-di-jakarta-timur-anggota-badan.html
0 Response to "Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan"
Catat Ulasan