Tajuk : Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga
link : Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga
Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga
TEGUCIGALPA, HONDURAS 20 Mei – Sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata selepas sekian lama berkahwin menerima pelbagai reaksi apabila memilih untuk mengambil dua anak angkat berkulit hitam.
Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga
Malah Aaron Halbert juga membuat satu keputusan yang melangkaui norma-norma perkauman dan prejudis apabila membenarkan isterinya, Rachel menggunakan embrio beku seorang wanita berkulit hitam dan melahirkan bayi kembar tiga.
Sebelum ini, kedua-dua mereka memutuskan untuk mengambil dua anak angkat berkulit hitam, berusia tiga dan dua tahun, selepas berkahwin beberapa tahun lalu kerana keinginan untuk menjadi ibu dan bapa.
Namun keputusan itu telah dipandang serong oleh pelbagai pihak yang masih tidak dapat menerima ‘amalan’ mengambil anak angkat dalam kalangan kanak-kanak atau bayi berkulit hitam khususnya di kawasan Amerika Selatan.
Akhbar Washington Post melaporkan, tidak kisah dengan ‘apa kata orang’, Aaron seterusnya memutuskan agar Rachel menggunakan kaedah hamil dengan embrio beku yang ‘disimpan’ sejak 15 tahun lalu.
Walaupun pada awalnya tidak pernah terfikir mempunyai sebuah keluarga besar, mereka yang berpendirian ‘setiap nyawa itu istimewa’ membuat keputusan tersebut bagi membina kehidupan baharu.
Rachel selamat melahirkan bayi kembar tiga di Honduras, kelmarin.
Menurut Aaron, dia dan isterinya tidak menyangka akan memiliki anak apabila mula bercinta sejak 12 tahun lalu.
“Semua manusia adalah sama tanpa mengira kaum atau warna kulit. Namun kami kini sangat gembira kerana memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan besar,” katanya.
Sumber: Utusan
Sumber Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEqQ2K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga
Anda sedang baca artikel Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/lelaki-benarkan-isteri-guna-embrio-beku_20.html
0 Response to "Lelaki benarkan isteri guna embrio beku seorang wanita berkulit hitam, akhirnya lahirkan bayi kembar tiga"
Catat Ulasan