Loading...

Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.

Loading...
Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.
link : Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.

Baca juga


Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.

Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, sampai ke hari ni cikla macam tak percaya yang cikla boleh kena sakit tiroid ni. Bukan tak boleh nak terima hakikat, tapi semua orang cakap sakit tiroid ni adalah penyakit keturunan. Masalahnya, setahu cikla keluarga cikla tak kiralah sebelah ibu atau ayah rasanya takde pun yang kena sakit ni. Ok, full stop!

Kalau nak diikutkan, bengkak yang muncul di leher ni since cikla bersalin abang Ammar. Bayangkanlah dah dekat 2 tahun lebih cikla simpan. Maklumlah, benda tak sakit dan tak mengganggu aktiviti makan, minum dan pernafasan, so memang buat tak tau ajelah. Masa tu bengkak sebelah kiri je. Cikla agak besarnya macam duit syiling 20 sen tu.

Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.


Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid. Sumber Google.

Nak dijadikan cerita, masa cikla pergi checkup sebulan masa dalam pantang adik Zara, misi kat klinik tu tegur leher cikla. Dia cakap, tengok macam tiroid je ni. Masa tu, memang bengkak dah nampak. Dia suruh cikla pergi jumpa doktor check. Cikla senyum-senyum ajelah masa misi tu cakap macam tu... Dalam hati dah risau dah time tu. Kalau lah betul tiroid... Dan yang paling takut, kalau pada 'penyakit' lain... Nauzubillah.

Pembengkakan kelenjar tiroid yang dinamakan goiter.
Pembengkakan kelenjar tiroid yang dinamakan goiter. Sumber Google. 

Bukan misi je suruh pergi check, mak cikla pun sama. Dari awal lagi memang dia bising suruh pergi check takut  ada apa-apa masalah nanti. Ermm, nampak memang kena menyerah diri jugaklah. So,  hari yang berikutnya cikla ajak cik suami pergi klinik untuk check. Masa ni cikla check kat klinik SITI kat Banting. Sampai klinik, cikla bagitau lah doktor apa masalah.. Bla bla bla...  So, doktor cakap untuk kepastian sama ada  tiroid ke tidak kena buat ujian darah. So, cikla pun merelakan diri 'dicucuk' untuk mengambil darah. Tak silap cikla, dalam 2-3 hari dah dapat result.

Result normal! That's mean bacaan hormon cikla normal dan tak masalah. Bacaan pun memang cantik. Tapi,  yang pelik mengapa ada benjolan. Masa tu tak silap cikla ukurannya dalam 3 cm x 3 cm. Besar jugak kan. Doktor cakap, dia tak boleh nak bagi ubat apa-apa sebab bacaan hormon normal. Cuma bengkak je tu. So, doktor pun keluar referral letter untuk cikla rujuk ke bahagian surgical. So, kisah habis di situ aje.

Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik SITI.
Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik SITI. 

Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik FUZIAH.
Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik FUZIAH. 

Disebabkan macam agak tak puas hati dengan 'result' ujian di klinik tu, cikla ajak cik suami check di klinik lain. Kali ni cikla pergi ke klinik panel tempat kerja suami, klinik FUZIAH pulak. Kali ni result yang diperolehi normal jugak. Tapi, doktor yang  check cikla time tu suggest cikla buat ujian sonographer. So, dia suggest sebuah klinik kat area Putrajaya. Klinik Najwa kalau tak silap cikla.

So, beberapa hari selepas itu cikla pun pergilah ke klinik Najwa tu. Kiranya macam ujian ultrasound lah. Melalui ujian tu, memang ada ketulan di sebelah kiri. Yang tak bestnya, kat sebelah kanan pun ada dikesan ketulan jugak. Tapi kecik sikit dari sebelah kiri. Dan dia lebih kepada ciri-ciri nodul. Dari result tu, doktor suruh cikla pergi terus jumpa pakar di Hospital Putrajaya sebab kat sana memang ada pakar dalam bidang ni. Nanti kalau ada apa-apa, senang.

Bermulalah episode cikla sebagai pesakit tiroid dan checkup doktor pun bermula....


To be continue.... ❤️❤️❤️



Thus Article Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid.

Itulah artikel Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kisah-aku-dan-tiroid-apabila-aku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kisah aku dan tiroid : Apabila aku disahkan menghidap tiroid."

Catat Ulasan

Loading...