Loading...

Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan

Loading...
Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan
link : Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan

Baca juga


Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan

REMBAU: Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak yang terlibat dalam kes buli enam pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan ditamatkan pengajian berkuat kuasa semalam selepas didapati bersalah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan itu dicapai selepas dicadangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Maktab (JRM) dalam mesyuaratnya Isnin lepas yang turut memberi peluang kepada semua pelajar terbabit untuk membela diri.

"Ini adalah pengajaran kepada mana-mana pelajar agar tidak melakukan perkara di luar kesopanan dan kesusilaan kita...para ibu bapa juga, tidak perlu risau kerana kita tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini.

"Saya juga nak tegaskan bahawa kita tidak menganiaya sesiapa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil Program Latihan Teknikal dan Keusahawanan Masyarakat Islam Kemboja di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Mengulas lanjut, beliau berkata surat penamatan pengajian telah dihantar kepada semua ibu bapa 10 pelajar terbabit, semalam.

Pada 18 Mei lepas, media melaporkan enam pelajar MRSM Parit menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana mangsa enggan meminjamkan kasut bola, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah dipetik sebagai berkata kes itu membabitkan mangsa yang kesemuanya berusia 14 tahun yang dipukul pelajar senior berumur 15 dan 16 tahun.

Sementara itu, Azhar berkata kesemua enam pelajar yang masih trauma dengan kejadian itu telah diberikan kaunseling.

"Malah ada di antara mereka telah membuat permohonan untuk ditukarkan ke MRSM lain dan itu telah kita luluskan," katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Ahmad Jazlan menyampaikan sijil kepada lapan beliawanis muslim Kemboja yang mengikuti kursus berkaitan fesyen selama dua bulan bermula 3 April lepas.

Program itu yang merupakan kolaborasi antara Mara dan Jakim, bertujuan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada masyarakat Islam Kemboja bagi membolehkan mereka memperbaiki sosioekonomi mereka di negara berkenaan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVsxdl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan

Itulah artikel Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kes-buli-10-pelajar-mrsm-parit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan"

Catat Ulasan

Loading...