Loading...

Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas

Loading...
Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas
link : Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas

Baca juga


Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas



KUALA LUMPUR: Kes penipuan ‘Love Scam’ melalui media sosial yang sebahagian besar didalangi warga Afrika adalah kes jenayah siber ke-2 tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas dengan 2,498 kes melibatkan kerugian RM98.98 juta.

Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DSP Yeap Yoke Peng berkata: “Kebanyakan mangsa yang diperdayakan sindiket itu adalah golongan profesional seperti doktor dan guru.”

Yeap yang membentangkan kertas kerja mengenai “Jenayah Siber di Malaysia: Trend, Cabaran dan Inisiatif Masa Depan” pada Persidangan Keselamatan IT ASEAN 2017 semalam berkata, polis menerima laporan 12,175 kes jenayah siber dengan jumlah kerugian RM230,264,128 juta.

“Kes jenayah siber tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas ialah penipuan e-dagang dengan 6,151 kes melibatkan kerugian RM29,967,149 juta membabitkan jualan, pembelian dan pelaburan dalam talian,” kata beliau pada seminar sehari itu bertemakan “Security in a Hyper-Connected World” anjuran Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) Malaysia.

Yeap berkata penipuan telekomunikasi melalui SMS, telefon, e-mel mengenai pemberitahuan kononnya memenangi hadiah merupakan jenayah siber ke-3 tertinggi dengan 1,898 kes dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM52.98 juta.

“Dalam sesetengah penipuan telekomunikasi, ada kes mangsa menerima panggilan dari individu yang menyamar sebagai polis, pegawai kastam dan pegawai bank menyebabkan mereka kerugian sejumlah besar wang.

Yeap berkata kes lain yang dilaporkan ialah penipuan e-kewangan melalui “malware” dan “spam” dengan 1,040 kes dilaporkan melibatkan kerugian sehingga RM48,33 juta, diikuti penyalahgunaan rangkaian dengan 207 (RM1,400) dan akhir sekali harta intelek seperti pelanggaran hak cipta dengan 381 kes tetapi tiada jumlah kerugian terkumpul.

Beliau berkata peningkatan kes jenayah siber di Malaysia disebabkan kurangnya kesedaran pengguna media sosial mengenai keselamatan siber dan sensitiviti dan akibatnya kegiatan penjenayah siber berleluasa. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1gZnT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas

Itulah artikel Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kerugian-hampir-rm99-juta-penipuan-love.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerugian Hampir RM99 Juta Penipuan ‘Love Scam’ Dilapor Tahun Lepas"

Catat Ulasan

Loading...