Tajuk : Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi
link : Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi
Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi
IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam baldi di bilik air sebuah pejabat di Bandar Meru Raya di sini, semalam.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 4 pagi dan mangsa, Fatini Aleysha Abdul Karim tidak sedarkan diri ketika ditemui dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian itu, mangsa telah membuang air besar dan teman lelaki ibu mangsa membawa kanak-kanak berkenaan naik ke pejabatnya manakala wanita terbabit menunggu di dalam kereta.
“Lelaki itu kemudian turun dalam keadaan cemas dan memberitahu wanita terbabit bahawa mangsa terjatuh dalam baldi dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sum berkata kedua-dua suspek kemudian membawa mangsa ke HRPB dan mangsa disahkan meninggal dunia.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan polis dan siasatan awal mendapati kejadian itu adalah disebabkan kecuaian sehingga mangsa jatuh ke dalam baldi dan mati lemas.
Suspek lelaki berusia 31 tahun dikenakan tahanan reman enam hari mulai hari ini manakala wanita berumur 41 tahun itu pula direman empat hari, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rk3lA8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi
Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kanak-kanak-lemas-dipercayai-jatuh.html
0 Response to "Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Dalam Baldi"
Catat Ulasan