Loading...
Tajuk : 'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok'
link : 'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok'
'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok'
Adakalanya kita sebagai pengunjung Bazaar Ramadhan ini, kasihan bila tengok ada gerai peniaga yang tidak mendapat sambutan ramai. Bagi yang berniaga, pastinya sangat memahami keadaan itu. Tetapi bagi yang lain, sudah tentu banyak persepsinya.
Tidak ramai orang, tak bermaksud makanan yang dijual peniaga berkenaan tidak sedap. Mungkin tidak sedap di tekak kita, tetapi sedap di tekak orang lain? Jadi, apalah salahnya kita beli dan bantu mereka. Bak kata Wan Muhd Syafis, membuatkan orang lain gembira juga adalah kebajikan.
Kalau kau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok. Kalau kau nampak cantik je ikan tu bersusun, kuih pun hening je nampak tenang, kau belilah walaupun kau tak tahu kuih itu kuih apa atau walaupun nampak macam karipap oksigen.
Kemudian tak perlulah lahanat sangat mulut nak viral, "eh ni nak pergi haji balik hari ke, makcik?".
Kau cuba berniaga sekali, tengok macam mana. Buat nasi ayam dua ekor. Seorang pun tak datang nak beli. Nampak? Bukan semua yang berniaga itu indah. Itu semua gula-gula sahaja.
Jadi, kau nampak Bazaar Ramadhan suram, kau berhentilah singgah. Belilah apa yang kau nampak. Berapa ringgit saja pun, bukannya beli semua.
Kau akan tengok senyuman adik yang menjual itu, lain macam manisnya. Sambil kau berlalu, kau akan mendengar,
"Yay! Ada orang beli kuih adik!"
Bukankah menggembirakan orang lain pun satu kebajikan?
Bagi peniaga seperti Firdaus Ibrahim, itu semua sudah menjadi lumrah dalam berniaga. Pahit manis berniaga, mereka hanya mampu telan sahaja.
@akirawar74 Betullah tu. Sebagai seorang yg dari kecik berniaga makanan, bila puasa pulak niaga bazar ini lah hakikat yg perlu ditelan kami semua...— Firdaus Ibrahim (@Miorrrrr__) May 28, 2017
@akirawar74 Pernah satu hari. Kau masak ayam nasi ayam 14 ekor, nasi sekawah. tapi yg jalan 4-5 ekor. kau hnya mampu tersenyum gelak je. redha 😔— Firdaus Ibrahim (@Miorrrrr__) May 28, 2017
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kata soal perniagaan tidak boleh dicampur-adukkan dengan kebajikan. Sama ada pelanggan mahu beli atau tidak, itu adalah hak pelanggan yang mencari makanan/produk terbaik berbaloi dengan harga yang mereka mahukan.
Selain itu, peniaga juga perlu belajar strategi marketing untuk mengembangkan perniagaan mereka, selain jujur dalam berniaga terutamanya bab-bab karipap kosong.
Walau apa pun perbezaan pandangan kita semua, sama-samalah kita beradab. Tak kira anda sebagai peniaga atau pelanggan. Jika peniaga mempelawa kita membeli makanan mereka, tolaklah dengan baik sekiranya tidak mahu. Peniaga pula, usahlah berkecil hati. InshaAllah ada rezekinya nanti. - The Reporter
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qtsQ1H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok'
Itulah artikel 'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kalau-nampak-bazaar-ramadhan-yang.html
0 Response to "'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok'"
Catat Ulasan