Loading...

Jangan Terlalu Manjakan Anak

Loading...
Jangan Terlalu Manjakan Anak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan Terlalu Manjakan Anak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan Terlalu Manjakan Anak
link : Jangan Terlalu Manjakan Anak

Baca juga


Jangan Terlalu Manjakan Anak



“Anak-anak Orang Asli bukan pemalas ataupun tidak berminat untuk menerima perkara baharu. Mereka hanya memerlukan sedikit suntikan semangat daripada pihak guru dan ibu bapa untuk meneruskan sesi pembelajaran,” kata Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan (SK) Denai, Rompin, Pahang, Lamco Lumwan. 

Lamco berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai jumlah kehadiran murid Orang Asli di SK Denai yang sering mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan saban tahun. Merupakan tahun kedua beliau memegang jawatan tersebut, Lamco mengakui perkara tersebut merupakan cabaran utama persatuannya.

“Orang Asli terkenal dengan sikap mereka yang terlalu manjakan anak-anak. Ini tidak bermaksud sesuatu yang negatif tetapi dalam konteks ini, ia adalah suatu perkara yang cukup menyukarkan. 

“Rata-rata murid Orang Asli di sini melihat sesi persekolahan setiap hari sebagai suatu perkara yang baharu. Jadi mereka sedikit terkejut dengan persekitaran ini dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang asing.

“Justeru, mereka tidak menunjukkan minat yang mendalam selain ibu bapa tidak mengambil berat mengenai masalah tersebut,” keluh Lamco yang berasal dari Kampung Mentelong, Kuala Rompin. 
Jelasnya, sifat terlalu manjakan anak yang sudah sebati dalam kalangan Orang Asli perlu dihindari untuk perkembangan pendidikan masa hadapan murid-murid tersebut.

Kehadiran meningkat 

“Jika kemajuan sudah mula diterima, kini tiba masa untuk ibu bapa Orang Asli menyuntik semangat kepada anak masing-masing selain memberikan kesedaran tentang kepentingan pendidikan asas bagi menghadapi masa hadapan,” ujar Lamco lagi ketika ditemui di SK Denai baru-baru ini.

Lamco menjelaskan, beliau sentiasa menyokong usaha guru-guru di SK Denai untuk menarik minat murid hadir kes sekolah dengan program-program unik seperti makan bersama guru besar, hari aiskrim dan sambutan hari jadi. Pendekatan itu ternyata berjaya apabila jumlah kehadiran murid di sekolah itu meningkat sedikit demi sedikit sejak tiga tahun lalu.

Menurut beliau, melalui program-program unik yang diilhamkan oleh guru-guru di SK Denai untuk menarik murid-murid hadir ke sekolah, ia sedikit sebanyak telah mempengaruhi peratusan kehadiran ke sekolah tersebut.

“Jika dahulu nak mencapai 90 peratus kehadiran pada setiap bulan merupakan satu perkara yang mustahil di sekolah ini, namun sekarang ia tidak lagi menjadi halangan. Program-program yang diperkenalkan sangat membantu menarik minat mereka ke sekolah dan ini adalah suatu perkara yang sangat positif.

“Sebelum ini, cuma ada tujuh hingga lapan orang dalam satu kelas prasekolah, namun kini jumlahnya meningkat hingga ke 25 orang murid,” ujarnya. Tambah Lamco lagi, pihaknya juga menyambut baik kesungguhan guru-guru SK Denai yang tidak berputus asa untuk membawa anak-anak Orang Asli ke sekolah.

“Saban tahun, Orang Asli akan mengadakan perayaan Membela Kampung bertujuan bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada Tuhan. Walaupun dianjurkan oleh keluarga Orang Asli yang bukan beragama Islam, kesungguhan guru-guru SK Denai untuk hadir ke rumah murid-murid tersebut dapat menjalinkan hubungan guru-murid yang lebih rapat,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qeKEtg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jangan Terlalu Manjakan Anak

Itulah artikel Jangan Terlalu Manjakan Anak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan Terlalu Manjakan Anak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/jangan-terlalu-manjakan-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan Terlalu Manjakan Anak"

Catat Ulasan

Loading...