Loading...

Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan

Loading...
Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan
link : Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan

Baca juga


Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan

KUANTAN – Orang ramai tidak seharusnya mengambil tindakan menebang atau mencantas pokok hiasan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri perbuatan itu melibatkan pokok warisan yang didaftarkan Jabatan Landskap Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata jika tindakan menebang atau mencantas dahan perlu dilakukan atas sebab keselamatan, perkara itu seharusnya dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Hendak tebang atau cantas pokok ada salurannya dan harus ikut prosedur. Kita sedih apabila kejadian seumpama ini berlaku kerana untuk kembali mendapatkan pokok warisan memerlukan masa yang panjang.

“Contohnya, pokok warisan yang kita hilang ini berusia 87 tahun dan difahamkan jenis pokok itu juga sukar ditemui pada masa kini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata demikian ketika diminta mengulas ‘kehilangan’ sebatang pokok Pahit atau nama saintifiknya Azadiratcha Indica yang berusia 87 tahun di Jalan Teluk Sisek di sini, dipercayai akibat ditebang tanpa kebenaran pada malam Isnin.

Ketua Seksyen Perhubungan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Izad Zainal Muhammad Safian mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menebang pokok itu, yang bernilai RM46,850 pada 2010.

Mohd Sharkar juga mencadangkan supaya papan tanda diletakkan pada pokok yang dilabel sebagai pokok warisan bagi mengelak kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

“Mungkin yang tebang pokok itu tidak tahu ia pokok warisan. Jika diletakkan papan tanda, diharapkan mereka akan sedar dan lebih berhati-hati. Tindakan mereka ini menyebabkan kerugian pada nilai warisan kita,” katanya.

Mohd Sharkar berharap pihak polis akan menyiasat kejadian itu dan memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Kita tidak salahkan mereka kerana mungkin mereka beranggapan pihak yang melakukan kerja itu adalah daripada PBT atau kontraktor yang sah. Diharapkan dengan penjelasan ini, ada antara mereka akan tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Angggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang turut membuat laporan berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menebang pokok itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 12.30 tengah hari tadi.

“Saya memohon pihak polis membuat siasatan dan mengenal pasti pihak yang menebang pokok itu tanpa kebenaran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qzL15U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan

Itulah artikel Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/jangan-tebang-cantas-pokok-hiasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan Tebang, Cantas Pokok Hiasan"

Catat Ulasan

Loading...