Loading...

Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal

Loading...
Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal
link : Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal

Baca juga


Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal


SEORANG jurukimpal hampir terpedaya dengan helah isterinya mendakwa dirinya diculik tetapi sebenarnya melarikan diri bersama teman lelaki, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata pengadu yang berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Nepal yang mendakwa sudah menculik isterinya.

“Suspek kemudian meminta wang tebusan RM15,000 jika mangsa mahu isterinya selamat. Pengadu juga mendengar isterinya menjerit sebelum talian telefon dimatikan.

“Selepas gagal menghubungi nombor berkenaan, suami wanita itu membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan isterinya,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, hasil risikan Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, isteri mangsa dikesan berada Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bharu, Johor, kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

“Hasil soal siasat terhadap isteri pengadu mendapati wanita berusia 29 tahun itu mengikuti teman lelakinya secara rela dan tidak cedera.

“Wanita berkenaan melarikan diri kerana takut dipukul suaminya berikutan terdapat gambarnya tidur bersama teman lelaki yang diambil oleh seseorang,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita itu mengenali teman lelakinya sejak lapan bulan lalu dan turut mengakui berlakon dirinya diculik untuk meminta wang tebusan.

“Wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Klang Utara manakala teman lelakinya ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah dan masih direman di Lokap Berpusat Ayer Molek Johor Bharu,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu kepada penjawat awam. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal

Itulah artikel Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/isteri-tergamak-tipu-suami-ikut-teman_57.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal"

Catat Ulasan

Loading...