Loading...

Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah

Loading...
Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah
link : Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah

Baca juga


Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah

Kisah seorang isteri yang buntu apabila sering memarahi suami serta melukakan hati suami tanpa niat. Si isteri daripada seorang wanita yang penyabar menjadi seorang yang pemarah sehinggakan meninggikan suara terhadap suami.

Apakah yang akan dilakukan oleh seorang isteri sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini?

Oleh: Kak Mawar

Gambar sekadar hiasan.

Rasa Bersalah Terhadap Suami

Saya seorang isteri, mempunyai beberapa orang anak. Suami saya seorang yang amat baik dan penyabar. Kenapa saya kata dia sabar? Kerana saya ada masalah mengawal emosi saya. Saya asalnya seorang yang lemah lembut, percayalah saya jarang meninggikan suara pada mak ayah. Saya boleh dikatakan anak baik, saya jarang juga menyusahkan mak ayah, suka berdikari sendiri. Masalah saya bermula lepas saya kahwin.

Saya hormat pada suami saya kerana pada saya dia suami yang baik dan bertanggungjawab. Hubungan kami baik, pada kebanyakan waktu saya tak meninggikan suara pada dia.

Namun saya mula berubah bila ada perkara yang sensitif atau tidak saya suka berlaku. Pendek kata bila saya marah saya jadi agresif dan hilang kawalan. Saya tinggikan suara, bercakap mengguris hati suami, tampar bahu suami, tarik baju, saya benar2 hilang kawalan. Tapi saya tak pernah lagi menghempas kerusi atau melempar barang lain.

Bila saya marah saya tak mampu nak kawal diri saya, emosi saya sangat terganggu, saya rasa panas di sekitar dahi dan muka saya, dan seolah2 ada sesuatu yang menambah2 kemarahan saya. Suami saya baik sangat, di kebanyakan waktu dia hanya diam dan sabar. Tapi lama2 kesabaran dia makin menipis dan menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk.

Anehnya lepas keadaan marah saya reda, saya kembali menjadi isteri yang baik. Dah tentu saya sangat menyesal melakukan dosa tersebut tapi saya hanya mampu memohon ampun dengan tuhan dan meminta maaf dengan suami saya..dan selama beberapa bulan bila hubungan kami mula mesra, terjadi lagi kejadian marah yang tak dapat dikawal ini.

Saya rasa saya bermasalah kerana lepas saja kami bergaduh, saya akan menjadi kecewa yang amat dengan diri sendiri kerana melukakn hati suami saya. Saya sedih dan depress, hingga saya beberapa kali terdengar seolah bisikan supaya mengelar tangan, atau menggantung diri atau memakan pil tidur. Tapi alhamdulillah saya masih ada iman, saya seolah menjerit dalam hati, “aku tak sebodoh itu!” lalu perasan ingin membunuh diri itu hilang.

Tapi diganti pula dengan cadangan bodoh supaya kelar saja tangan tetapi jangan sampai mati. Mujur juga saya masih waras dan melawan rasa itu. Saya juga susah tidur malam, badan saya selalu panas tak bersebab. Dan saya perasan jika saya tak sempat baca Quran 2,3 hari (biasa saya baca hari2), saya akan jadi mudah marah dan marah yang melampau.

Masalahnya bila kerapkali berlaku, suami saya seolah sudah hilang kepercayaan bahawa saya akan berubah. Dia seolah kecewa dengan saya, dan hakikatnya saya juga kecewa dengan diri sendiri. Dia tak tahu tentang gangguan2 itu, pernah juga saya ceritakan sikit tapi dia tak percaya dan menganggap memang sikap saya begitu dan salah saya kerana tak mengawal emosi saya.

Saya merasakan tiada guna lagi saya hidup jika terus menerus menambah dosa dengan suami. Saya tahu benar jika meninggikan suara pada suami yang baik, malaikat melaknat isteri, bidadari di syurga juga membenci saya malah ada hadis mengatakan neraka dipenuhi dengan perempuan yang menderhaka pada suami.

Allah, saya sedih dan takut sangat, saya jadi stress, hari2 lain saya cuba jadi sesolehah mungkin, saya berkali2 memohon ampun dengan tuhan dan minta maaf dengan suami,tapi saya takut suami saya tak maafkan saya, maka tempat saya di neraka. Memikirkan itu saya jadi depress, saya takut saya tiada harapan untuk masuk syurga. Semua orang pun tahu redha Allah terletak pada redha suami.

Saya sangat tertekan, sehingga pernah saya meminta untuk dilepaskan kerana saya takut dengan dosa menderhaka pada suami. Saya fikir lebih baik saya hidup sendiri dari menempah tiket ke neraka tapi ya benar, meminta cerai tampa sebab munasabah juga satu dosa! Lepas saya muhasabah saya tak lagi meminta dilepaskan, demi Allah saya sangat sayang suami saya dan keluarga kami. Saya cuba berubah tapi saya tak kuat.

Saya bergaduh lagi dengan suami saya, kali ni dia nampak begitu kecewa. Saya lukakan hati dia banyak sangat, saya cuba berhenti, tapi ya ada seolah sesuatu yang menambahkn marah saya. Saya tak dapat nak explain keadaan itu. Kemudian saya menyesal tak sudah, saya menangis tak berhenti atas kebodohan saya, saya takutkan balasan neraka tapi semua sudah terjadi dan saya tak mampu nak ulang kembali.

Saya sedang menunggu kemarahan suami saya reda, dan kami tinggal berasingan buat sementara waktu. Saya takut suami saya sudah tawar hati dan akhirnya perkara yang buruk akan berlaku. Saya takut sangat. Tapi saya cuba redha sebab saya sedar saya tak layak untuk hidup dengan suami sebaik dia. Saya mungkin akan lebih depress, saya takut sangat kehilangan dia tapi Allah lebih mengetahui.

Untuk saya, sekarang ni saya cuba meminta pertolongan luar, sama ada pakar psikaitri, ustaz atau kaunselor sekalipun untuk mengubati saya. Saya takut saya terkena sihir pemisah atau mungkin depression. Tapi orang luar semua menyalahkan saya atas apa yang berlaku, dan saya rasa suami saya juga begitu.

Sedih sungguh saya. Saya sangat sayang suami saya, saya tak tahu saya akan dapat jumpa lagi orang sebaik dia. Bila memikirkan apa yang berlaku, saya mula menangis tak berhenti, saya hilang selera makan, berat saya susut. Saya harap ada pihak yang mampu bantu saya untuk pulih. Doakan saya ya?

-Mawar



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiVCNz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah

Itulah artikel Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/isteri-bingung-sering-melukakan-hati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri Bingung Sering Melukakan Hati Suami Tanpa Niat Bimbang Terkena Sihir Pemisah"

Catat Ulasan

Loading...