Loading...
Tajuk : Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over !
link : Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over !
Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over !
PETALING JAYA: Polis akan memanggil pelakon veteran, Sulaiman Yassin dan penerbit filem, Datuk David Teo yang terbabit dalam kekecohan ketika Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang dipetik Sin Chew Daily semalam berkata, polis akan memanggil Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan Teo hari ini untuk merakamkan keterangan mereka.
Bagaimanapun, Rusdi yang dipetik China Press berkata, polis akan memanggil kedua-dua lelaki itu dalam minggu ini.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Beliau berkata, selain laporan yang dibuat pihak polis sendiri, 1 lagi laporan dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur berhubung kejadian itu.
Dalam insiden di Putrajaya Rabu lalu, sesi Dialog TN50 yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak dan penggiat seni terganggu seketika, apabila Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk bertanya soalan.
Keadaan bertukar kecoh apabila Mat Over tiba-tiba meluru ke arah pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.
Teo dan Mat Over kembali ke pentas di akhir sesi itu untuk memohon maaf kepada Najib.
Bagaimanapun, Mat Over dilaporkan berkata, beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib. #sumber
Thus Article Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over !
Itulah artikel Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/insiden-tampar-pihak-polis-akan-panggil.html
0 Response to "Insiden Tampar: Pihak Polis Akan Panggil David Teo Dan Mat Over !"
Catat Ulasan