Tajuk : HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799
link : HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799
HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799
Peranti utama HTC U11 akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun hadapan. Bagi mereka yang mungkin lebih mendambakan peranti kelas permulaan yang lebih mampu milik, anda tidak perlu menunggu lebih lama kerana HTC Desire 650 Dual Sim sudah memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan RM 799 sebuah.
HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (720p), menggunakan pemproses MediaTek MT6737T, dan memori 3 GB RAM dan ruangan storan 32 GB yang boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD.
Untuk rakaman gambar, HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa.
Dari segi rekaan, HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan bahagian kerangka belakang yang sedikit bercorak – memberikan cengkaman yang lebih baik ketika dipegang. Ini mungkin menjadikan peranti ini sesuai untuk mereka yang sering menggunakan peranti ketika bergerak atau berjalan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqys8j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799
Anda sedang baca artikel HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/htc-desire-650-dual-sim-dilancarkan-di.html
0 Response to "HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799"
Catat Ulasan