Tajuk : Hentikan Perbuatan Karut
link : Hentikan Perbuatan Karut
Hentikan Perbuatan Karut
Salaamun alaykum kepada semua pembaca,
Aku seorang pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah kolej A-Level yang terletak di Semenanjung Malaysia. Aku berharap anda sedang menjalani ibadah puasa dengan baik. Tujuan aku menulis pengakuan ini adalah untuk memohon kepada semua mahasiswa di universiti, kolej dan institusi pendidikan untuk menghentikan tradisi yang kolot, membosankan dan tidak bermanfaat kepada sesiapa pun. Minggu orientasi, induction week atau apa-apa program pun yang melibatkan senior melakukan aktiviti ragging kepada pelajar baru.
Sebenarnya, boleh sahaja nak tulis berdasarkan emosi semata-mata, tetapi aku dah boleh expect segelintir individu akan membalas secara personal, aku akan cuba menjadi neutral tetapi kritikal terhadap minggu orientasi yang merepek meraban. Aku tak menentang pun program ni secara asasnya, sebab orientasi ialah platform untuk membolehkan pelajar baru menyesuaikan diri kepada persekitaran baru, lagi-lagi yang tak pernah hidup berjauhan daripada keluarga. Tapi apa yang merosakkan dan memesongkan objektif utama program tersebut. Aku rasa ramai dah tahu apa yang selalunya senior buat, maki junior, suruh buat benda yang merepek, bagi tidur lambat dan kebanyakan benda yang tak beri manfaat. Dulu saya ingat bila masuk kolej, orang akan lebih matang, mendidik dan diplomasi tapi hampeh.
Apa yang menjadikan saya lagi terkejut, mak ayah hantar belajar dekat sini sebab rata-rata pelajar di sini dapat menyambung pelajaran ke Oxford, Cambridge, London School of Economics, Princeton University, Yale, MIT etc. Tapi tengok attitude sesetengah senior hancur. Malam pertama dah kena maki, individual shaming dan buat benda yang tiada kaitan pun dengan kehidupan di kolej. Bukan la saya expect mereka nak ajar guna sabun, softener apa nak basuh baju, berapa banyak dettol nak guna untuk mop lantai atau pukul berapa kena tidur tapi apa feedback yang saya dapat daripada kawan2 di SBP yang belajar di sini, mereka cakap macam back to square one. Benda paling bodoh kena buat ialah kena isi form nama-nama facilitators, previous accommodation dan jawatan apa dalam college tu. Tujuan buat benda tu, untuk merapatkan senior dengan junior. Tapi apabila tengok lepas induction week, menyombong ada la, dengan berpuak-puak. Tak masuk lagi kena bercampur laki perempuan secara bebas, I seriously had no idea what was on their mind at that time. Yang comical nya, dah habis induction week, senang-senang cakap itu hanya lakonan dan mereka minta maaf. Macam tu je? Kau ingat orang senang-senang lupa. Some people suffer from anxiety disorders, depression and homesickness. Kau ingat mental health tu main main? Minta maaf camtu je? Aku ingat lagi masa first night masa dorang tengah seronok maki2 orang, aku dengar orang nangis dekat belakang.
Aku tak suruh pun senior-senior ni angkat bag masuk bilik, pimpin tangan pergi dining hall ataupun sikatkan rambut dengan tepek bedak pagi-pagi tapi asal orientation week ni jumud sangat? Aku tak sangkal yang mereka ada buat program akademik tentang how to navigate around the school and how to get the materials etc tapi perlu ke buat ragging tu? Jangan la bawak perangai samseng sekolah menengah kau masuk kolej, this is a whole different place. I know some people at other places had it worse, pernah trending dekat twitter pasal benda sama. Korang tak malu buat benda camni? Memang la for fun tapi first impression junior dekat kau hancur. Kalau kau rasa benda ni mematangkan freshies, dan boleh dibawa ke dunia luar, cuba la kau buat dekat bakal in-laws kau. Lepas tu cakap nak bergurau. Implikasi benda macam ni ialah akan dibawa ke dunia pekerjaan. Aku tak perlu senaraikan sebab banyak confession yang menceritakan perihal kerja seperti colleague suka mengampu, senior officer bully buat out of scope work berlebih lebihan dan sebagainya. Tak nampak ke masa induction week, junior yang suka mengampu senior yang get out of the trouble. Dont even dare telling me thats how you survive. Why do you have to stoop so low? Aku pun bukan spoilt brat, yang kena silver spoon fed by my parents, but I know its not right to treat people like that. When people come to your place, you should welcome them warmly. Bukan maki atas bawah.
To anyone who is reading this and will be the organising committee for the upcoming induction week of their respective institutions, I urge you to get rid of this horrible tradition. Tradition has to go, if its bad. Nobody says its the rule of thumb to have your nose hooked to follow every single thing thats done previously, especially when its foolish.
Alhamdulillaah, batch aku telah mengambil alih student council pada semester ini dan high committee telah memutuskan untuk menamatkan tradisi Induction Week Ragging ini setelah 17 tahun dilakukan. Tak mustahil nak buat macam ni. Make your batchs induction week a respectable one, jadikan program itu mematangkan batch yang organise tu sekali, bukan juniors je. All in all, life is a maturing experience. Tak perlu kita layan orang seperti sampah untuk memberikan mereka visualisasi yang dunia ini sebuah perjalanan yang mencabar.
Sekian.
Muhammad
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6vkAy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Hentikan Perbuatan Karut
Anda sedang baca artikel Hentikan Perbuatan Karut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/hentikan-perbuatan-karut.html
0 Response to "Hentikan Perbuatan Karut"
Catat Ulasan