Tajuk : FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair
link : FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair
FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair
Jika tahun lepas menyaksikan banyak komponen-komponen PC hadir dengan teknologi pencahayaan LED RGB, nampaknya tahun ini giliran sistem penyejuk pula. Setakat ini, kami pernah melihat papan induk dan kad grafik yang menyokong teknologi ini, dan kini, nampaknya giliran unit bekalan kuasa.
FSP, sebuah syarikat pembuat unit bekalan kuasa yang berasal dari Taiwan kini hadir dengan sebuah PSU yang dinamakan FSP Hydro PTM+ yang dilengkapi dengan sokongan untuk sistem penyejukan cecair khusus. PSU ini mampu memberikan bekalan kuasa sebanyak 1200W, dan jika anda menggunakan sistem penyejukan cecair untuk menyejukkannya, kuasa yang dibekalkan oleh PSU ini naik sehingga 1400W, dan hadir dengan pensijilan 80 Plus Platinum untuk bekalan kuasa yang sangat cekap.
Jangan khuatir jika anda hanya ingin menggunakan bekalan kuasa ini seperti sedia ada, kerana ia juga hadir dengan kipas penyejuk biasa. Menariknya, kipas ini tidak akan berpusing jika komputer anda hanya memerlukan bekalan kuasa yang kurang dari 600W.
Buat masa ini, masih tiada tarikh pengeluaran ataupun harga yang diberikan oleh pihak FSP, tetapi mereka telah mengesahkan bahawa PSU ini akan hadir di acara Computex di Taiwan nanti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qU1mRW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair
Anda sedang baca artikel FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/fsp-memperkenalkan-psu-hydro-ptm-unit.html
0 Response to "FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair"
Catat Ulasan