Loading...
Tajuk : Empat lelaki samun kedai emas
link : Empat lelaki samun kedai emas
Empat lelaki samun kedai emas
ANTARAPOS.COMSERDANG: Polis melancarkan Ops Tutup bagi memburu empat lelaki yang melarikan barangan kemas dari sebuah premis dalam sebuah pusat beli-belah di Seri Kembangan, di sini, malam ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong, berkata pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menghubungi polis kira-kira jam 7.30 malam.
Berdasarkan siasatan awal, empat suspek memakai topi keledar penutup penuh meluru masuk ke premis dengan dua daripadanya bersenjatakan pistol.
"Ketika kejadian terdapat empat pekerja dalam premis dan seorang pengawal keselamatan.
"Seorang suspek kemudian mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa. Pada masa sama, suspek lain memecahkan ruang pameran sebelum melarikan barang kemas," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, setakat ini belum dapat dipastikan jenis kenderaan dinaiki suspek serta jumlah kerugian namun, kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Thus Article Empat lelaki samun kedai emas
Itulah artikel Empat lelaki samun kedai emas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Empat lelaki samun kedai emas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/empat-lelaki-samun-kedai-emas.html
0 Response to "Empat lelaki samun kedai emas"
Catat Ulasan