Tajuk : Elyana Rancang Ambil Anak Angkat
link : Elyana Rancang Ambil Anak Angkat
Elyana Rancang Ambil Anak Angkat
Penyanyi Elyana dilaporkan merancang mahu mengambil anak angkat selepas disahkan oleh doktor bahwa dirinya tidak boleh hamil lagi atas sebab-sebab tertentu.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, penyanyi yang popular denga lagu Kalis Rindu ini sudah lama berhasrat untuk menambah cahaya mata.
“Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat.
“Namun selepas keguguran tahun lalu, saya tidak boleh hamil atas sebab-sebab tertentu.
“Jadi saya berhasrat untuk mengambil anak angkat dan sekarang sedang mencari,” katanya.
Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Summayah yang kini sudah berusia 6 tahun hasil daripada perkahwinannya bersama Khairul Anuar Husin pada November 2010.
Kata Elyana lagi, dia akan mengambil anak angkat daripada keluarga yang susah supaya dia dapat membantu untuk membesarkan mereka dengan lebih sempurna.
“Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka.
“Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima.
“Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih daripada satu,” ujarnya lagi.
Tahun lalu, apabila Elyana disahkan keguguran pada tahun lalu, puteri sulungnya itu merupakan antara insan yang paling sedih apabila mengetahui kandungan ibunya sudah tiada. Namun Elyana cukup optimis dalam mengajar anaknya untuk menerima kenyataan.
Dalam perkembangan karier seninya pula sebagai seorang penyanyi, Elyana bakal muncul bersama single terbaru tidak lama lagi bertajuk Ikhlas Dalam Resah.
The post Elyana Rancang Ambil Anak Angkat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qdQkD5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Elyana Rancang Ambil Anak Angkat
Anda sedang baca artikel Elyana Rancang Ambil Anak Angkat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/elyana-rancang-ambil-anak-angkat.html
0 Response to "Elyana Rancang Ambil Anak Angkat"
Catat Ulasan