Loading...

ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

Loading...
ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah
link : ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

Baca juga


ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk proses pengambilan tanah bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pengkalan Kubor dengan Pelabuhan Klang di Selangor.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun ada beberapa perkara masih belum selesai antara pihak pemaju dan kerajaan negeri ketika ini, namun beliau yakin ia akan dapat diselesaikan dengan baik.

“Ada beberapa perkara yang belum dibereskan dan ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri. Tetapi kita difahamkan kerajaan negeri akan beri kerjasama sepenuhnya terhadap (projek) ECRL dalam urusan pengambilan tanah untuk pembinaan (projek berkenaan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Khas dan Berbuka Puasa di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Darwis Abdul Razak.

Sementara itu Darwis berkata proses pengambilan tanah akan bermula pada Julai ini dan akan berlangsung selama 12 bulan.

“Kita akan ikut prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan proses pengambilan tanah dapat dijalankan secara teratur dan pampasan akan diberikan pada kadar yang munasabah,” katanya.

Difahamkan, proses pengambilan tanah itu membabitkan pemakluman melalui surat kepada pemilik-pemilik tanah yang telah dikenal pasti sebelum satu perbicangan diadakan dengan mereka yang terlibat.

Projek ECRL sepanjang 600 kilometer itu akan menghubungkan Lembah Klang dengan kawasan Pantai Timur melalui rangkaian perkhidmatan kereta api yang melalui Pelabuhan Klang, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Jelawat di Bachok dan berakhir di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Terdahulu Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyerahkan sumbangan kepada 50 orang asnaf.

Majlis berkenaan turut menghargai jasa bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha yang bersara pada 23 Mei lepas dan digantikan dengan Yahya Mamat. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qD1tyo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

Itulah artikel ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/ecrl-ktan-beri-kerjasama-untuk-proses.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah"

Catat Ulasan

Loading...