Tajuk : Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik
link : Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik
Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik
Penyanyi sensasi Justin Bieber dikutuk gara-gara dia terlupa ketika menyanyi lagunya, Despacito, dalam satu sebuah persembahan di New York baru-baru ini.
Pada awal persembahan Bieber lancar namun apabila tiba di bahagian chorus, peminat mula menyedari lirik lagu itu seperti diubah oleh penyanyi berusia 23 tahun ini.
Mengikut lirik asal, sepatutnya dia menyanyikan lirik berbahasa Sepanyol dengan bait-bait, ‘Nos vamos pegando, poquito a poquito’.
Bagaimanapun Bieber menukar dengan ‘Nos vamos pegando, I quit smoking ciggie’. Tidak hanya itu, bait ‘Firmo en las paredes de tu laberinto’ digantinya dengan ‘blah, blah, blah, blah, blah, blah’.
Insiden tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen netizen yang merakam aksi penyanyi itu. Ada yang menyebut, Bieber sebenarnya memang tidak memahami satu pun perkataan bahasa Sepanyol. Ramai yang tidak menyangka Bieber seteruk itu sedangkan hasil rakaman untuk lagu itu di dalam albumnya mendapat pujian.
Pada awal Mei lalu, penyanyi dan komposer berasal dari Puerto Rico, Luis Fonsi, menyatakan bahwa kolaborasinya menerusi lagu tersebut merupakan idea dari Bieber. Begitu juga dengan lirik Sepanyol.
“Kami sudah menuliskan lirik berbahasa Inggeris untuknya dan dia berkata, ‘Ahh ah, tidak. Saya mahu menyanyikan lirik originalnya. Saya akan menyanyi dalam versi Sepanyol.
“Dia telah melakukan itu dan saya mengaguminya” tutur Fonsi seperti yang dilaporkan sumber NBC News.
The post Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seQfAB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik
Anda sedang baca artikel Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/dikutuk-gara-gara-terlupa-lirik.html
0 Response to "Dikutuk Gara-gara Terlupa Lirik"
Catat Ulasan