Loading...

Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa

Loading...
Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa
link : Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa

Baca juga


Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle berkata, dia tidak mahu menerima sebarang tawaran sepanjang bulan Ramadan bagi meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Pun begitu, dia masih terlibat dengan beberapa program sebagai duta Cuckoo dan juga mempromosikan baju koleksi raya melibatkan kerjasamanya dengan butik Kree dan juga mempromosikan koleksi pakaian kanak-kanak, Che Mad dan Aurora.

“Sebelum ini saya hanya keluarkan koleksi untuk Che Mad (Muhammad) sahaja, tapi bila dah ada Aurora saya keluarkan juga koleksi pakaian kanak-kanak perempuan dan lelaki berusia dari setahun hingga tujuh tahun.

“Selain itu saya juga hanya terlibat dengan beberapa program sebagai duta sahaja dan selebihnya saya ambil peluang pada bulan Ramadan ini untuk bersama keluarga dan beribadat,” katanya.

Tambah Diana, dia juga sudah mula mengajar anak sulungnya untuk berpuasa, namun tidak terlalu memaksa untuk berpuasa penuh.

“Muhammad baru nak masuk empat tahun, jadi saya rasa sudah tiba masanya mengajar untuk berpuasa dan paling penting bangun bersahur.

“Tapi tidaklah terlalu berkeras untuk dia berpuasa penuh, kita lihat bagaimana kemampuannya nanti,” ujarnya,

Ditanya mengenai juadah berbuka dan bersahur, Diana berkata, dia biasanya akan ke bazar dan juga memasak mengikut keadaan.

“Biasanya kami sahur makan makanan berat, jadi selalunya bila sahur baru saya memasak. Farid pula suka makan ayam masak merah dan sambal petai ketika bersahur.

“Kalau berbuka kami makan yang ringan-ringan dan kuih-muih tradisional memang akan ada di atas meja.

“Aktiviti ke bazar memang tak dilepaskan, kadang kala ikut nafsu juga bila membeli sebab kita lapar, tapi tidaklah sampai membazir, kalau ada lebih, kami akan makan untuk sahur,” jelasnya.

Bercerita mengenai kerjaya seninya pula, Diana Danielle Danny Beeson, 26, berkata masih banyak lagi perancangan yang belum dicapai berkaitan dengan karier seninya.

“Kalau ditanya apa perancangan saya, untuk karier nyanyian, saya memang mengimpikan untuk mengeluarkan album.

“Kalau karier lakonan, saya mahu berganjak ke satu fasa baru di mana saya mahu menulis dan menerbitkan sendiri drama atau filem.

“Ia tentulah diikuti dengan pembukaan syarikat produksi sendiri.

“Tapi saya tak mahu lakukan dengan gelojoh. Bagi saya, apa sahaja yang saya lakukan sekarang, saya masih lagi bertatih, belajar.

“Kerana tempoh pembelajaran itu bukan ambil masa yang sekejap saya. Saya tak mahu terburu-buru melakukan dan akhirnya hasilnya tidak seberapa.

“Biar kita belajar, cari identiti sebenar, perbaiki segala kelemahan, sebelum kita melangkah ke peringkat seterusnya,” jelasnya kepada Kakigosip.

Ditanya adakah dia akan menjalinkan kerjasama dengan suaminya, Farid Kamil, andai suatu hari nanti dia benar-benar bersedia bergelar penerbit dan penulis skrip, Diana melihat ia sebagai salah satu perancangan jangka panjang.

“Ia mungkin akan menjadi sebahagian daripada perancangan. Tapi buat masa ini kami masih banyak lagi komitmen lain.

“Malah saya rasa buat masa ini, saya lebih selesa menjadi tulang belakang Farid. Begitu juga dengan lakonan, saya tak mahu untuk terlalu bergandingan dengan dia dalam lakonan.

“Sebab saya mahu bila kami berjumpa, masih ada kemanisan, masih ada rasa rindu. Pendek kata, ini cara kami dalam bekerja dan kami tidak mengelak untuk bekerjasama, cuma mengurangkan sahaja,” ujarnya yang baru sahaja tampil dengan single terbaru, Tentang Kita.

The post Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shZZKs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa

Itulah artikel Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/diana-danielle-ajar-che-mad-berpuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Diana Danielle Ajar Che Mad Berpuasa"

Catat Ulasan

Loading...