Tajuk : Dakwa Diri Sebagai ‘Pakar Pemakanan’ Tapi Beri Kekeliruan Kepada Netizen, Dietitian Ini Perbetulkan Kembali 5 Kekeliruan Tersebut
link : Dakwa Diri Sebagai ‘Pakar Pemakanan’ Tapi Beri Kekeliruan Kepada Netizen, Dietitian Ini Perbetulkan Kembali 5 Kekeliruan Tersebut
Dakwa Diri Sebagai ‘Pakar Pemakanan’ Tapi Beri Kekeliruan Kepada Netizen, Dietitian Ini Perbetulkan Kembali 5 Kekeliruan Tersebut
Begitu juga dengan diet, atau cara pengambilan makanan yang perlu diikuti sekiranya ingin kawal berat badan, serta turunkan berat badan.
Tapi, tidak semua yang dikongsikan oleh mereka boleh diikuti 100%, atau tepat, kerana ada tips oleh ‘pakar pemakanan’ ini menimbulkan kekeliruan jika tidak diselidiki sebaik mungkin.
Apakah kekeliruan tersebut? Jom kita ikuti perkongsian darinya.
a. Kekeliruan 1
Kata 'Pakar Pemakanan’
Jangan makan daging dan ayam. Sebab dia boleh menyebabkan penyakit dan kegemukan! Kalau nak makan pun, 1-2 kali je sebulan!
Jawab Dietitian Sebenar
Tiada salah pun kalau mahu makan daging atau ayam, kecuali sumbernya terbukti ada pencemaran dan haram. Yang jadi masalahnya, bilamana sampai berkilo-kilo sekali makan.
Dan pilihlah bahagian daging atau ayam yang kurang berlemak, elakkan makan organ dalaman, 'visible fat', kulit, atau bahagian yang majoriti bersalut dengan lemak seperti tongkeng dan kepak.
b. Kekeliruan 2
Kata ‘Pakar Pemakanan’
Banyakkan makan buah dan sayuran. Elakkan makanan berkanji macam nasi dan mee! Baru badan boleh kurus.
Jawab Dietitian Sebenar
Makan biar variasi dan seimbang, jangan hanya bergantung pada sesuatu jenis makanan sahaja kerana setiap makanan ada zat tersendiri yang diperlukan badan.
Kalau boleh, setiap kali makan, jumlah dan kekerapan biar dalam kesederhanaan (lagi bagus kalau ikut piramid makanan).
c. Kekeliruan 3
Kata ‘Pakar Pemakanan’
Makan makanan organik sahaja kalau anda mahu sihat! Semua makanan yang biasa-biasa ini banyak bahan kimia!
Jawab Dietitian Sebenar
Kalau mahu makan makanan organik, dipersilakan. Tapi jika tidak mampu, cukuplah dengan makan makanan seperti orang kebanyakan. Cuma seeloknya, cuba elak makanan terproses seperti sosej, nugget, daging burger, mee segera, jajan dan sebagainya.
Semua makanan ada bahan kimia, bezanya samada kita sebut dia dalam bahasa saintifik ataupun tidak sahaja.
d. Kekeliruan 4
Kata ‘Pakar Pemakanan’
Makanlah produk ini. Ia bagus untuk detox!
Jawab Dietitian Sebenar
Tiada istilah makanan detox, sebabnya badan kita sendiri (melalui hati, buah pinggang, peparu, kulit dsb) yang menjalankan fungsi detox itu. Apa yang penting adalah ‘good hydration’ (dengan kata mudah, minum air kosong secukupnya).
e. Kekeliruan 5
Kata ‘Pakar Pemakanan’
Saya orang kimia, saya lebih tahu apa yang ada dalam makanan daripada Dietitian sebenar!
Jawab Dietitian Sebenar
Kami Dietitian juga belajar kimia, malah biokimia, farmakologi, toksikologi, patofisiologi, epidemiologi, anatomi, fisiologi, 'research', biostatistik, selain daripada subjek yang berkaitan dengan nutrisi dan dietetik.
Malah pendekatan kami berdasarkan 'evidence-based' kajian sahih terkini, selain daripada 'guideline' yang dikemaskini secara berkala daripada pihak berautoriti.
Senyum..
Disclaimer: Post ini ditulis untuk memberi pencerahan mengenai kekeliruan maklumat yang ditimbulkan oleh mereka yang 'berkepentingan'..
faizalMS,
Dietitian,
Hospital USM.
- Siakap Keli
BACA: Tidak Mencapai Berat Badan Yang Ideal, Walaupun Telah Makan Dengan Banyak, Ikuti Cara Yang Betul Ini Dalam Menambahkan Berat Badan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCoZ2j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Dakwa Diri Sebagai ‘Pakar Pemakanan’ Tapi Beri Kekeliruan Kepada Netizen, Dietitian Ini Perbetulkan Kembali 5 Kekeliruan Tersebut
Anda sedang baca artikel Dakwa Diri Sebagai ‘Pakar Pemakanan’ Tapi Beri Kekeliruan Kepada Netizen, Dietitian Ini Perbetulkan Kembali 5 Kekeliruan Tersebut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/dakwa-diri-sebagai-pakar-pemakanan-tapi.html
0 Response to "Dakwa Diri Sebagai ‘Pakar Pemakanan’ Tapi Beri Kekeliruan Kepada Netizen, Dietitian Ini Perbetulkan Kembali 5 Kekeliruan Tersebut"
Catat Ulasan