Loading...

CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

Loading...
CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad
link : CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

Baca juga


CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd menyeru kepada semua peniaga dan pelanggannya untuk menggunakan PIN (nombor pengenalan peribadi) sebagai pengesahan bagi kad pembayaran keluaran tempatan seperti kad caj, debit, kredit dan prabayar yang digunakan pada terminal titik jualan (POS) di Malaysia.

Mulai 1 Julai dan seterusnya, tandatangan tidak boleh digunakan sebagai pengesahan bagi pembelian di terminal POS, sebaliknya PIN berbentuk enam angka diperlukan, kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

"CIMB menyokong penuh langkah Bank Negara Malaysia untuk beralih kepada PIN bagi urus niaga kad pembayaran. Berikutan ini, kami telah meningkatkan usaha penglibatan dan komunikasi bagi memastikan penggunaan berasaskan PIN yang lancar kepada para pemegang kad dan peniaga.

"Saya ingin menggalakkan semua pemegang kad untuk menggunakan PIN mereka apabila membuat pembayaran kerana ianya lebih cepat, mudah dan selamat," kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Sebelum 1 Januari 2017, semua kad-kad pembayaran berasaskan tandatangan telah digantikan dengan sistem PIN secara beransur-ansur.

Untuk membolehkan para pemegang kad dan peniaga membiasakan diri dengan sistem baharu ini, tempoh tangguh selama enam bulan diberikan iaitu mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2017.

Bermula 1 Julai 2017, peniaga bakal berhadapan dengan kemungkinan kehilangan urus niaga dan pelanggan boleh menghadapi kesulitan besar jika sistem berasaskan PIN tidak diterima pakai lagi.

CIMB menggesa para peniaga, termasuk hotel, mula meminta angka PIN daripada pelanggan-pelanggan dan tidak melangkaui permohonan bagi sistem berkenaan melalui urus niaga pada terminal POS.

Dengan menggunakan aplikasi analitik yang pintar, bank mampu mengenalpasti pelanggan yang belum lagi mengaktifkan kad pembayaran berasaskan PIN untuk menggunakan sistem ini berbanding tandatangan bagi pengesahan semasa pembelian.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rk9Sbm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

Itulah artikel CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/cimb-seru-pelanggan-gunakan-pin-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad"

Catat Ulasan

Loading...