Loading...
Tajuk : Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan
link : Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan
Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan
Rasanya ramai yang pernah kena ulser mulut. Betul tak? Selalunya, ulser terjadi bermula dengan kecederaan minor dalam bahagian mulut akibat terlalu kuat menggosok gigi atau tergigit tanpa sengaja.Ulser di mulut amat pedih dan menyakitkan. Ia sangat mengganggu emosi dan aktiviti kita seharian. Jadi, semestinya mereka yang alaminya ingin hilangkan ulser dengan cepat. Dalam entri ini, saya ingin kongsikan cara cepat untuk hilangkan ulser mulut malah boleh bantu mencegah ia dari berulang.
Apa itu Ulser Mulut?
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mawar liar merupakan luka-luka kecil yang menyakitkan yang berkembang di dalam mulut atau di pangkal gusi anda. Ulser boleh menyebabkan aktiviti seharian seperti makan, minum, dan bercakap menjadi tidak selesa. Wanita, remaja, dan orang-orang yang mempunyai sejarah keluarga dengan ulser mulut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat ulser mulut.
Ulser mulut tidak berjangkit dan biasanya akan hilang dalam tempoh satu hingga dua minggu. Walau bagaimanapun, jika anda mendapati ulser menjadi semakin besar atau amat menyakitkan atau mengambil masa yang lama untuk sembuh, segera dapatkan rawatan dan nasihat doktor. Ulser yang tidak dirawat boleh menyebabkan kanser.
Faktor Pencetus Ulser Mulut
Tiada sebab yang pasti punca terjadinya ulser. Walau bagaimanapun, beberapa faktor-faktor dan pencetus kepada ulser mulut telah dikenal pasti . Ia termasuk:
● kecederaan ringan di mulut ketika dapatkan rawatan pergigian, menggosok gigi secara kuat, kecederaan sukan, atau tergigit tanpa sengaja.
● ubat gigi dan pencuci mulut yang mengandungi sodium lauryl sulfat.
● sensitif kepada makanan berasid seperti strawberi, limau, dan nanas, dan makanan pencetus yang lain seperti coklat dan kopi.
● tindak balas alahan terhadap bakteria mulut.
● kekurangan vitamin, terutama B-12, zink, folat, dan besi.
● pendakap gigi
● perubahan hormon semasa haid
● tekanan emosi atau kurang tidur
Selain faktor di atas, ulser mulut boleh terjadi akibat dari masalah kesihatan tertentu seperti :
● penyakit celiac ((Keadaan di mana badan tidak dapat menerima gluten).
● penyakit keradangan usus
● diabetes mellitus
● sistem imun yang tidak berfungsi dengan betul di mana ia menyebabkan badan anda untuk menyerang sel-sel mulut yang sihat bukannya virus dan bakteria.
Cara Hilangkan Ulser Mulut
Ulser mulut boleh hilang dengan sendiri, Tetapi, jika ia amat pedih dan menyakitkan, beberapa cara berikut boleh diamalkan untuk hilangkan rasa sakit dan cepatkan penyembuhan.
1. berkumur dengan air garam dan serbuk penaik
2. tuam dengan ais pada bahagian terkena ulser.
3. gunakan pembilas mulut yang mengandungi steroid untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
4. letakkan beg teh lembap pada ulser mulut
5. ambil pemakanan tambahan seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12, dan zink.
Ulser ada potensi untuk berulang. Jadi, dicadangkan untuk kurangkan dan elakkan diri anda dari faktor pencetus kepada ulser mulut. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk merawat dan mencegah ulser dari berulang. Bila badan cukup nutrisi, ia bantu sistem badan untuk berfungsi secara optimum dan mencegah ulser mulut dari terjadi.
Di bawah ini saya kongsikan testimoni sebenar pesakit ulser yang mula mempunyai masalah ulser ini sejak zaman persekolahan. Ulser yang dialami agak teruk sehingga membawa kepada sakit-sakit badan dan demam. Berkat kesabaran amalkan suplemen semulajadi Shaklee, beliau kini tidak lagi dihantui dengan masalah ulser. Jom baca kisahnya.
[ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE].
Assalamualaikum dan salam sejahteraSaya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.
Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.
Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.
Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.
Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.
Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.
Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.
Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.
Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.
Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.
Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Suplemen yang diamalkan oleh beliau untuk sembuh dari ulser adalah ESP, Bcomplex dan Vitamin C, Fungsi setiap vitamin tersebut adalah seperti berikut.
1. Energizing Soy Protein
Protein sangat penting untuk penggantian sel-sel baru. Jadi pengambilan ESP boleh bantu percepatkan penggantian sel-sel yang rosak akibat ulser mulut.
2. Bcomplex
Vitamin B complex terkenal sebagai vitamin anti-stress. Seperti yang diketahui, stress juga salah satu faktor pencetus ulser. Jadi, pengambilan vitamin B complex secara konsisten bantu mengawal emosi dan tekanan seterusnya bantu cegah dari ulser.
3. Vitamin C
Sistem imun yang rendah menyebabkan anda mudah untuk mendapat ulser. Vitamin C bantu perkuatkan sistem imun di samping penting untuk kesihatan gusi.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
Thus Article Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan
Itulah artikel Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/cara-hilangkan-ulser-mulut-dengan-cepat.html
0 Response to "Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan"
Catat Ulasan