Loading...
Tajuk : Cadang Kurma Tak Kena GST
link : Cadang Kurma Tak Kena GST
Cadang Kurma Tak Kena GST
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar kurma dikecualikan daripada GST bagi mengelak harga produk itu terus meningkat sekali gus boleh membebankan umat Islam khususnya pada bulan Ramadan.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun harga kurma meningkat tidak terlalu tinggi namun jika dibiarkan ia boleh memberikan kesan buruk khususnya kepada orang ramai yang membeli kurma dalam kuantiti yang banyak.
“Saya dapati ada harga kurma naik sebanyak 60 sen dan 80 sen, namun ia perlu dikawal mulai sekarang kerana khuatir ia akan terus meningkat setiap kali menjelang Ramadan.
“Saya nampak kurma menjadi tumpuan ramai setiap kali Ramadan, jadi saya ingatkan juga kepada peniaga agar jangan mengambil kesempatan dengan kewujudan GST dan juga peningkatan permintaan daripada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada masa sama, menurutnya, kerajaan perlu memberi pengecualian GST kepada kurma memandangkan ia menjadi simbol makanan wajib bagi umat Islam khususnya pada bulan puasa.
“Sebelum ini produk dan peralatan sembahyang agama lain juga sudah dikecualikan daripada GST dan bagi mewujudkan keseimbangan, peralatan dan produk serta makanan semua agama di negara ini perlu diberi pengecualian.
“Ia sebagai bukti kepekaan dan keprihatinan kerajaan kepada semua penganut agama di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan melalui Jabatan Kastam Diraja menyekat kemasukan kurma dari negara Israel ke negara ini yang dilihat berjaya menembusi pasaran negara sekali gus boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.
“Kami terima laporan kurma dari negara berkenaan sudah berada di negara ini, perkara ini tidak boleh dibiarkan dan kerajaan perlu membuat satu deklarasi bagi menghalang kemasukan kurma dari negara berkenaan.
“Kerajaan kena tegas dengan merampas kurma tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam di negara ini yang begitu terkesan dengan tindakan Israel melakukan penganiayaan terhadap umat Islam di Palestin,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian kelmarin di beberapa lokasi Lembah Klang dan Selangor mendapati terhadap kenaikan harga kurma antara 10-15 peratus dan menimbulkan sedikit rungutan terutamanya umat Islam yang menyambut Ramadan bermula semalam.-SH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2raPgnM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Cadang Kurma Tak Kena GST
Itulah artikel Cadang Kurma Tak Kena GST Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Cadang Kurma Tak Kena GST dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/cadang-kurma-tak-kena-gst.html
0 Response to "Cadang Kurma Tak Kena GST"
Catat Ulasan