Tajuk : Bot Peronda TLDM, KD Perdana Bawa 8 Laskar Kanan Dan Seorang Pegawai Hilang Diperairan Sedili
link : Bot Peronda TLDM, KD Perdana Bawa 8 Laskar Kanan Dan Seorang Pegawai Hilang Diperairan Sedili
Bot Peronda TLDM, KD Perdana Bawa 8 Laskar Kanan Dan Seorang Pegawai Hilang Diperairan Sedili
KUALA LUMPUR: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana dilaporkan telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas, lapor Bernama.
Pihak TLDM dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan bot berkenaan yang diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah telah terputus hubungan ketika mereka sedang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.
"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.
"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.
"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya. - Siakapkeli.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7ULV5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bot Peronda TLDM, KD Perdana Bawa 8 Laskar Kanan Dan Seorang Pegawai Hilang Diperairan Sedili
Anda sedang baca artikel Bot Peronda TLDM, KD Perdana Bawa 8 Laskar Kanan Dan Seorang Pegawai Hilang Diperairan Sedili dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/bot-peronda-tldm-kd-perdana-bawa-8.html
0 Response to "Bot Peronda TLDM, KD Perdana Bawa 8 Laskar Kanan Dan Seorang Pegawai Hilang Diperairan Sedili"
Catat Ulasan