Loading...
Tajuk : ‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
link : ‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
SERIAN, SARAWAK – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga anggota polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya malam tadi, yang melarikan diri selepas menembak mati isterinya yang hamil dua bulan.
‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
Suspek berusia lewat 30-an yang juga Inspektor Polis, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga itu ditahan jam 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mengesan suspek.
Polis turut merampas sepucuk pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak suspek di rumah keluarga mangsa di Kampung Kakai, Serian.
Siasatan awal mendapati, suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga.
Ibu mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan. Jirannya, anggota polis bantuan yang terdengar jeritan ibu mangsa segera bergegas ke rumah tersebut dan mendapati mangsa telah mati.
Lapor Berita Harian, mangsa berkahwin dengan suspek di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak. Perkahwinan itu adalah perkahwinan kedua mangsa dan juga mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
Selepas berkahwin, mangsa tidak bekerja dan pernah memuat naik status di Facebooknya,
“Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal.”
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti apa motif sebenar pegawai berkenaan membunuh isterinya.
“Fokus siasatan tertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek,” katanya.
SUMBER: HARIAN METRO & BERITA HARIAN
Via: TR
Sumber ‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qarGUP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article ‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
Itulah artikel ‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor) Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel ‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor) dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/bergembiralah-anda-tidak-tahu-berapa_43.html
0 Response to "‘Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal’ – status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)"
Catat Ulasan