Loading...

BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM

Loading...
BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM
link : BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM

Baca juga


BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM

PETALING JAYA – Siapa tidak kenal Vince Focarelli, kisah bekas ketua mafia yang berpengaruh di selatan Australia menjadi tular di media sosial.

Tapi tidak ramai yang tahu kisah di sebalik Vince yang lahir dalam keluarga yang beragama Kristian (Katolik) mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.

Pada awalnya, Vince yang berbadan sasa ini hanyalah seorang Muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Bayan Linnas siri ke-93, hidayah itu timbul apabila Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahli kumpulannya yang mana sebahagian mereka beragama Islam.

Perbincangan mengenai Nabi Isa (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan mengikut kaca mata Islam, dia kemudian mengaitkannya dengan kefahaman agamanya (Kristian) ketika itu.

Banyak persoalan sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan dua kalimah syahadah.

Imej Vince semasa menjadi ketua gengster. Foto bikersofamerica.blogspot.my

Walaupun Vince telah memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya.

Kumpulan-kumpulan gengster lain sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain dan terdapat enam percubaan untuk membunuh Vince termasuk satu percubaan bunuh menggunakan bom.

Malah, salah satu siri percubaan membunuh itu telah meragut nyawa anak lelakinya, Giovanni.

Vince pernah dipenjarakan dan ditempatkan secara bersendirian dalam sel tahanan, dan satu permintaannya adalah menjadikan al-Quran sebagai teman.

Di sinilah Vince membaca al-Quran dari mula sehingga berjaya mengkhatamkannya walaupun dia sendiri tidak mengetahui isi kandungannya.

Dengan kebesaran Allah, sejurus mengkhatamkan bacaan al-Quran, Vince didatangi seorang warden penjara untuk memberitahu dirinya telah bebas.

Hari itu ternyata bermakna buat Vince yang mengakhiri kehidupannya di sebalik tirai besi selama 14 bulan di atas kesalahan dadah dan senjata api.

Perkara pertama yang dilakukannya apabila dibebaskan dari penjara adalah pergi bersolat di masjid, selain meninggalkan kumpulannya bersama segala aktivit lampau.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) dan Abdul Salam dalam satu pertemuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Foto Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Vince memulakan kehidupan baharu dengan membuka sebuah restoran di Australia yang menyediakan makanan halal dan turut memberi sumbangan kepada golongan gelandangan selain melakukan amal jariah lain.

Bagaimanapun, Vince kini menerima perintah diusir keluar dari Australia dan perlu kembali ke negara asalnya di Itali.

Namun ia tidak mematahkan semangatnya dalam berdakwah bagi mengajak manusia lain untuk mengenal Islam.

Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak mengenai bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seseorang.

Vince memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya yang mana Salam itu membawa maksud selamat sejahtera.

Ditanya mengapa memilih nama Abdul Salam, Vince berkata: “Dahulu aku banyak membuat huru-hara, kini aku seorang muslim, hamba Allah SWT. Aku tidak akan membuat huru-hara lagi.”

– Mstar

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rwdlq6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM

Itulah artikel BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/bekas-ketua-mafia-dedah-kisah-peluk_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BEKAS KETUA MAFIA DEDAH KISAH PELUK ISLAM"

Catat Ulasan

Loading...