Tajuk : Bedilan meriam tentera ‘sambut’ hari pertama Ramadan di Marawi
link : Bedilan meriam tentera ‘sambut’ hari pertama Ramadan di Marawi
Bedilan meriam tentera ‘sambut’ hari pertama Ramadan di Marawi
MANILA 28 MEI: Penduduk Islam di selatan bandar Marawi menyambut hari pertama menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan dengan serangan tembakan meriam tentera Filipina ke atas kedudukan kumpulan militan Maute.
Tembakan meriam itu kedengaran di bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Filipina, selepas pihak tentera mengepung selatan bandar berkenaan sejak lima hari lalu, lapor AGENSI.
Komander tentera Leftenan Jeneral, Carlito Galvez memohon maaf kepada penduduk Islam kerana mencetuskan kekacauan pada hari pertama mereka berpuasa.
“Kami sedang berusaha secepat mungkin membersihkan kawasan ini malah kami menggunakan keupayaan maksimum untuk memaksa anggota kumpulan militan ini berundur agar kami dapat melindungi kepentingan kami di sini,’’ kata beliau.
Naib Gabenor wilayah Lanao Del Sur, Mamintal Adiong Jr. memaklumkan, kira-kira 90 peratus daripada 200,000 penduduk Marawi telah melarikan diri akibat pertempuran itu.
“Keadaan ini menyedihkan kami kerana sepatutnya kami menyambut Ramadan dengan gembira tetapi kini semangat itu tiada lagi. Kami tidak tahu apa perjuangan kumpulan ini,’’ kata beliau.
Presiden Duterte merayu agar anggota kumpulan militan Maute itu melucutkan senjata dan memulakan dialog bagi mengakhiri pertempuran berdarah di bandar tersebut yang disifatkan memberi tamparan hebat terhadap keselamatan rantau ini.
=EZY=
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qo0ZQH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bedilan meriam tentera ‘sambut’ hari pertama Ramadan di Marawi
Anda sedang baca artikel Bedilan meriam tentera ‘sambut’ hari pertama Ramadan di Marawi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/bedilan-meriam-tentera-sambut-hari.html
0 Response to "Bedilan meriam tentera ‘sambut’ hari pertama Ramadan di Marawi"
Catat Ulasan