Loading...
Tajuk : Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh..
link : Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh..
Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh..
BAYI lelaki yang hanya dibalut dengan suratkhabar ditemui di dalam tong sampah di hadapan rumah penduduk di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, hari ini menurut laporan Metro Harian
Bayi seberat kira-kira 2.5 kilogram itu ditemui seorang penduduk ketika pulang dari menunaikan solat Subuh dari masjid, 6.20 pagi tadi.
Penduduk, Khairuddin Yaakob, 56, berkata, bayi cukup sifat itu ditemui jirannya yang kebetulan melalui hadapan rumahnya.
"Sebaik dimaklumkan saya terkejut bayi yang dipercayai baru dilahirkan ada dalam tong sampah dan saya terus mengeluarkannya dan membersihkannya.
"Malam tadi saya ada dengar bunyi seakan tangisan bayi dan keluar memeriksa tong sampah ini sekitar 11 malam namun tidak menemui bayi ini. Ketika itu saya menyangka mungkin ia bunyi anak kucing," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, bayi itu mengalami luka di bahagian kanan kepalanya dipercayai terkena sisa sampah tajam.
Katanya, dia terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan.
"Saya dimaklumkan keadaan bayi itu dilaporkan stabil dan kita percaya bayi berkenaan baru dilahirkan sebelum dibuang berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat.
"Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil memaklumkan kepada polis," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scoiJt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh..
Itulah artikel Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh.. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/bayi-lelaki-berbalut-dengan-suratkhabar_90.html
0 Response to "Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh.."
Catat Ulasan