Loading...
Tajuk : Bapa Dihanyut Arus Deras
link : Bapa Dihanyut Arus Deras
Bapa Dihanyut Arus Deras
Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala anaknya selamat selepas mereka dihanyutkan arus deras ketika mencari rebung bagi juadah untuk keluarga di Sungai Pagalan, Kampung Dangulad, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Daibet Juan, 48, dikatakan dihanyutkan arus deras manakala operasi mencari dan menyelamat dijalankan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung.
Anak lelaki mangsa, Endry Daibet, 11, yang berjaya menyelamatkan diri kini trauma namun stabil. Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dan anaknya keluar rumah untuk mencari rebung di seberang sungai di Kampung Dangulad.
“Ketika mangsa dan anaknya cuba menyeberang sungai itu, kedua-dua mereka dihanyutkan arus deras berikutan hujan lebat malam sebelumnya. Tetapi anak mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala bapanya dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, anak mangsa kemudian balik ke rumah dalam keadaan trauma dan hanya memberitahu perkara itu selepas beberapa jam kejadian terbabit berlaku. “Usaha mencari masih diteruskan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan dua bot. Setakat ini, mangsa belum ditemui dan keadaan air sungai deras,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhwVFK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bapa Dihanyut Arus Deras
Itulah artikel Bapa Dihanyut Arus Deras Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bapa Dihanyut Arus Deras dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/bapa-dihanyut-arus-deras.html
0 Response to "Bapa Dihanyut Arus Deras"
Catat Ulasan