Tajuk : Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia
link : Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia
Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia
JIKA menyebut mengenai piramid, ramai yang menyangka hanya Mesir sahaja memiliki monumen unik itu.
Monumen yang diperbuat daripada batu padu itu dibina sebagai makan firaun dan telah dikenal pasti berusia hampir 5,000 tahun.
Piramid juga dipercayai adalah tangga yang digunakan oleh roh-roh firaun untuk menuju ke langit.
Namun, tidak ramai yang mengetahui sebelum piramid di Mesir dibina, terdapat piramid yang lebih awal dibina iaitu di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia, dipercayai dibina kira-kira 9,000 ke 20,000 tahun lalu.
Perkara ini dibongkarkan oleh seorang pakar geologi,C yang mengatakan tapak megalith Gunung Padang, di Wilayah Jawa Barat merupakan peninggalan tapak piramid tertua di dunia.
Sejak ditemui pada 1914, Gunung Padang telah dikenalpasti sebagai kawasan tapak batu megalith terbesar di rantau asia tenggara.
Berada pada ketinggian 2,903 kaki iaitu kira-kira 885 meter daripada aras laut, Gunung Padang merupakan kawasan yang terkenal dengan beberapa kawasan gunung berapi yang masih aktif.
Beliau yang juga merupakan Ketua di Pusat Penyelidikan Geoteknikal Indonesia mengatakan kawasan gunung itu tidak ubah seperti bentuk piramid ekoran batu-batuan dan lereng bukit yang bersusun elok itu dijadikan sebagai tempat beriadah masyarakat Sunda.
“Jika tempat itu dikenali sebagai tempat suci masyarakat Sunda, maka sudah pasti mereka perlu memanjat batu-batuan yang berbentuk lereng bukit seperti piramid itu bagi melakukan ritual di puncaknya.
“Cara orang dahulu beribadat ini sememangnya akan memanjat keatas,” katanya memetik laporan Archaeologyhub.
Difahamkan, kerja-kerja menggali dan menerokai ruang kawasan kewujudan piramid yang dikelola pasukannya itu menerima sokongan daripada Kerajaan Indonesia.
Presidennya pada ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono turut mengatakan tugas Dr Danny adalah sebagai “sejarah tamadun terpenting buat manusia sejagat”.
Ekoran penemuannya itu, Dr Danny yang ditemui Sydney Morning Herald mengatakan: “Manusia menganggap zaman pra-sejarah adalah kuno, namun semua tanggapan itu ternyata terbukti salah.”
Menurutnya, diantara batu-batuan yang ditemui ditapak piramid itu asalnya bercantum pada batuan lain. Perkara ini didedahkan setelah menemui bahan cecair seakan karbon pekat yang dipercayai berusia 7,000 tahun sebelum masihi.
Struktur berlapis yang dipisahkan oleh tembok batu itu hanya boleh dimasuki menerusi 400 anak tangga setinggi 95 meter. Ia dikatakan dilindungi dengan bongkah batu besar yang berasal daripada gunung berapi.
Daripada penemuan ini, beliau percaya sturukur berlapis itu mempunyai ketebalan setinggi 100 meter dan diperbuat daripada sejumlah lapisan. Bagaimanapun, pasukannya setakat ini hanya berjaya menggali sedalam 15 meter.
Pakar juga turut menggarkan usia batu sebesar tiga ke hingga empat meter yang terletak di bawah permukaan itu berusia lingkuangan 6,500 ke 12,500 tahun.
Bagaimanapun, kajian pasukan Dr Hillman itu menerima tentangan daripada 34 ahli arkeologi tempatan sehingga sebuah petisyen yang memintanya untuk menghentikan projek tersebut telah dijalankan.
Menurut mereka, kajian daripada Dr Hilman itu akan menjejaskan keadaan stuktur ekosistem tanah yang dikhuatiri boleh mengaktifkan lava di dalam tanah.
Seorang pakar gunung berapi, Sutikno Bronto mengatakan ia sebenarnya bukan piramid, sebaliknya hanya sebuah gunung berapi yang telah meletus dan meruap lalu membentuk batu batuan seakan sebuah piramid yang bersegi. –MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzDUtW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia
Anda sedang baca artikel Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/apakah-piramid-tertua-di-dunia-terletak.html
0 Response to "Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia"
Catat Ulasan