Loading...
Tajuk : Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
link : Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya? | Assalamualaikum wbt. Lately, cikla asyik cakap dan cerita pasal tiroid... tiroid... tiroid. Sebenarnya, cikla baru je selamat menjalani pembedahan total thyroidectomy. Dah hampir 2 minggu lebih dah. Ada yang minta cikla share pengalaman cikla masa menjalani pembedahan tu. Tapi, sebelum tu cikla nak cerita dan share dengan korang apakah sebenarnya kelenjar tiroid dan fungsinya pada manusia.
Apa dia kelenjar tiroid?
Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya? Sumber Google. |
Untuk pengetahuan korang, kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin yang berbentuk macam bentuk rerama. Ia terletak di hadapan bawah leher, yang mana ia berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang masuk ke dalam darah seterusnya diangkut ke seluruh badan. Penghasilan hormon ni penting untuk mengawal metabolisme badan dan fungsi lain badan manusia.
Apakah penyakit kelenjar tiroid yang perlu kita tahu?
Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?Sumber Google. |
- Hipotiroid iaitu penyakit tiroid di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif seterusnya menghasilkan hormon yang jumlahnya kurang dari yang diperlukan oleh badan kita.
- Hipotiroid iaitu penyakit tiroid di mana kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan hormon yang jumlahnya melebihi yang diperlukan oleh badan kita.
- Nodul tiroid iaitu sejenis gumpalan yang terbentuk di dalam kelenjar tiroid. Keadaan ni biasanya akan menyebabkan hipertiroidisme berlaku.
- Goitre iaitu pembesaran yang berlaku pada kelenjar tiroid.
Apakah simptom-simptom yang menunjukkan kita menghidap penyakit berkaitan kelenjar tiroid?
Ada beberapa simptom-simptom yang boleh kita perhatikan supaya kita dapat memastikan adakah kita penghidap penyakit tiroid. Antara simptom-simptom itu adalah:
- Mengalami pembengkakan kelenjar kelenjar. Kalau yang ni memang cikla mengalaminya. Bengkak itu biasanya muncul di bahagian bawah leher.
- Mudah penat, iaitu seseorang itu akan merasa sangat penat walaupun kadang-kadang tak melakukan aktiviti berat pun.
- Gangguan pada berat badan, sebab ada pesakit yang makan berselera sungguh tapi berat badan tak naik-naik. Kalau macam cikla memang berat badan maintain. Makan banyak tapi berat badan still sama jugak. Selain itu, berat badan dikatakan akan naik atau turun dengan cepat dan tiba-tiba.
- Rambut gugur. Hormon di dalam tubuh juga boleh dipengaruhi oleh kelenjar tiroid, sebab hormon yang membantu badan menjaga kualiti rambut akan terjejas bila ada penyakit tiroid.
- Sakit sendi, biasanya pesakit akan mengalami bisa sakit sendi dan otot.
- Perubahan emosi yang mana emosi akan mengalami perubahan tak kiralah sama ada ia meningkat atau menurunkan kerana hormon ini turut di pengaruh oleh kelenjar tiroid.
So, penting sebenarnya untuk kita lebih peka dengan apa yang berlaku pada badan kita. Bukan apa, kalau masalah dapat dikesan awal, in shaa Allah kita boleh mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ni.
Cara nak check leher untuk mengesan bengkak kelenjar tiroid. Sumber Google. |
Simptom-simptom Hyperthyroid dan Hypothyroid. Sumber Google. |
Bagi pesakit tiroid, jangan putus asa. Semua penyakit ada ubatnya. Apa yang penting yang mudah putus asa. Berusaha dan berdoa untuk sembuh. Jangan mudah menyerah!
Never give up till the end! ❤️❤️❤️
Thus Article Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Itulah artikel Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/apa-dia-kelenjar-tiroid-dan-fungsinya.html
0 Response to "Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?"
Catat Ulasan