Tajuk : ANWAR PATUT JADI PM KELAPAN, BUKAN KETUJUH – AMANAH
link : ANWAR PATUT JADI PM KELAPAN, BUKAN KETUJUH – AMANAH
ANWAR PATUT JADI PM KELAPAN, BUKAN KETUJUH – AMANAH
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berpendapat bahawa belum tiba masanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.
Menurutnya, parti komponen pembangkang itu harus bijak merancang strategi untuk mendapatkan kepercayaan rakyat mengundi mereka pada PRU akan datang.
Justeru katanya, nama lain perlu diletakkan terlebih dahulu untuk jawatan PM ketujuh dan individu itu bukanlah Anwar.
“DSAI lebih bagus jika dilantik menjadi PM kelapan dan bukannya ketujuh, ini kerana Majlis Presiden Pakatan Harapan mesti memilih calon PM terbaik untuk merangsang kepercayaan rakyat sekaligus memenangi PRU14.
“Selain itu, PM ketujuh juga bertanggunjawab untuk membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urus tadbir dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan DSAI,” katanya dalam satu kenyataan media.
Terdahulu, plakad ‘Anwar PM ke7’ dijulang di udara sebaik sahaja tayangan video bekas Ketua Pembangkang itu dimainkan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12, baru-baru ini.
Rata-rata perwakilan dan pemerhati dilihat semangat mengangkat plakad tersebut sebaik sahaja video yang memaparkan perjuangan Anwar berakhir.
Sementara itu, Salahuddin berkata, sekarang merupakan masa yang penting untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat yang harus merealisasikannya.
“Sebenarnya, jalan penyelesaian terbentang luas di hadapan kita. Bukankah Pakatan Harapan memiliki gabungan kepimpinan yang bukan kepalang hebatnya. Tidakkah Tun M, DSWA (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), LKS (Lim Kit Siang) dan Mohomad Sabu memiliki segala kepintaran dalam nuansa politik untuk nenyelesaikan kemelut ini? Bukankah ada meja Majlis Presiden Pakatan Harap[an yang mampu menghuraikan kekusutan ini?
“Ada masa dan ketika pemimpin perlu menjadi pendengar yang baik. Meneliti setiap pandangan akar umbi untuk membuat keputusan terbaik. Adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan. Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya lagi.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiXpTG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article ANWAR PATUT JADI PM KELAPAN, BUKAN KETUJUH – AMANAH
Anda sedang baca artikel ANWAR PATUT JADI PM KELAPAN, BUKAN KETUJUH – AMANAH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/anwar-patut-jadi-pm-kelapan-bukan.html
0 Response to "ANWAR PATUT JADI PM KELAPAN, BUKAN KETUJUH – AMANAH"
Catat Ulasan