Loading...

Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil

Loading...
Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil
link : Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil

Baca juga


Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil


Mendidik dan membesarkan anak lelaki dan anak perempuan perlu ada perbezaan. Ada sesetengah perkara yang mesti diajar kepada anak lelaki berbanding anak perempuan.

Zaman sekarang kalau tersilap didik dan biarkan, ada anak lelaki yang lebih gemar menjadi seperti perempuan apabila dewasa kelak. Alasannya, dulu mak tak ajar buat kerja-kerja lelaki tetapi lebih suka dedahkan dengan kerja orang perempuan.

1. Latih sifat kepimpinan dalam diri mereka

Kalau anak pertama anda lelaki, pastikan sudah membiasakan mereka sebagai ketua kepada adik-beradik yang lain dan kalau anak lelaki bukan anak pertama, mereka tetapi perlu diberi beberapa tanggungjawab mudah sebagai ketua seperti mengunci pintu rumah, memastikan keselamatan adik-adik semasa ibu sedang memasak di dapur dan lain-lain tugas yang sesuai mengikut peringkat usia mereka.

2. Dekatkan mereka dengan masjid



Ayah mesti rajin bawa anak bersolat jemaah di masjid. Kalau tak dapat setiap hari, mungkin waktu hujung minggu bawa anak sekurang-kurangnya waktu solat Maghrib hingga ke Isyak. Biar mereka tahu yang orang lelaki digalakkan solat berjemaah di masjid mengikut ajaran Rasulullah SAW.

3. Lebihkan aktiviti lasak, outdoor dan berpanas



Jangan halang anak lelaki untuk buat aktiviti lasak (asalkan tak bahaya), bermain di luar rumah dan berpanas. Tak payah takut anak anda akan 'hitam' dan sebagainya sebab anak lelaki yang ibu-ibu halang buat aktiviti budak lelaki akan jadi anak yang terlalu manja, penakut mencuba sesuatu perkara baru.

4. Latih mereka menjadi imam solat berjemaah



Kalau ada ramai adik-beradik, biasakan anak lelaki untuk menjadi imam solat berjemaah. Biar mereka tahu antara tanggungjawab sebagai seorang lelaki iaitu menjadi imam dalam solat!

5. Ajar mereka rajin menolong ibu membuat kerja rumah

Walaupun mereka anak lelaki, jangan sesekali anda membiarkan mereka tidak tahu buat kerja rumah. Biasakan mereka rajin menolong ibu membuat kerja-kerja rumah yang sesuai untuk peringkat usia masing-masing seperti membasuh pinggan, menyapu sampah, membuang sampah, membasuh tandas, mengemas bilik dan banyak lagi. Dalam masa yang sama ibu mesti sentiasa mengingatkan anak lelaki yang kerja rumah bukanlah tugas wanita sahaja dan lelaki yang buat kerja rumah bukanlah lelaki yang lemah gemalai!

6. Ajar ilmu yang mesti diketahui oleh lelaki

Mungkin zaman serba moden ini tak ramai lelaki tahu buat kerja-kerja membaiki peralatan rumah. Tapi ia bukan penyebab untuk anda tidak mengajar anak lelaki hal ini. Jangan bagi alasan "sekarang semuanya boleh tengok di google atau youtube". Budak lelaki mesti tahu kemahiran seperti membaiki paip yang rosak, memotong rumput dan berkebun, bertukang kayu, membaiki alatan elektrik dan sebagainya.

7. Elakkan mereka suka bermain permainan anak-anak perempuan

Kadangkala ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak lelaki mereka bermain mainan budak perempuan. Kononnya masih kecil, tak tahu apa tetapi hakikatnya ia seolah-olah satu dorongan untuk anak tersebut minat ke arah barangan perempuan seperti anak patung, pinggan mangkuk dan sebagainya.

8. Galakkan mereka buat kerja sukarelawan

Kalau kawasan kejiranan anda ada buat aktiviti seperti gotong royong, galakkan anak untuk turut serta. Ini sesuai untuk anak yang sudah mula ke sekolah tadika. Biarkan dia tahu bergaul dengan masyarakat dan jiran tetangga.

Mendidik anak lelaki perlu ada sedikit nilai-nilai yang melambangkan 'kekerasan' mereka sebagai lelaki sejati tetapi dalam masa yang sama jangan abaikan pendedahan terhadap tanggungjawab membantu kerja-kerja rumah. Barulah mereka boleh menjadi anak yang soleh serta bakal suami yang mithali!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qBhxjh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil

Itulah artikel Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/anak-lelaki-adalah-legasi-keluarga-8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anak Lelaki Adalah Legasi Keluarga, 8 Perkara Ini Harus di Latih Semasa Mereka Masih Kecil"

Catat Ulasan

Loading...