Loading...

ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?

Loading...
ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?
link : ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?

Baca juga


ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?

Tragedi kehilangan bot KD Perdana dan sembilan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini mengundang persoalan terhadap tahap keselamatan peralatan penting pada aset negara.

Anggota Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid, berkata punca awal yang dikenal pasti menyebabkan bot itu terputus hubungan dengan kapal induknya ialah kerana kerosakan alat komunikasi, selain kehabisan bekalan minyak.

“Saya ingin bertanya, bagaimanakah alat komunikasi yang merupakan perkara paling penting dalam sesebuah bot boleh tidak berfungsi? Apakah puncanya? Apakah tiada pemeriksaan secara berkala dilakukan terhadap bot atau kapal selama ini?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Imran yang juga bekas pegawai kanan TLDM mengulas insiden pada 20 Mei lalu membabitkan sebuah bot KD Perdana yang terputus hubungan dengan kapal induk ketika mereka terlibat dalam operasi mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Johor.

TLDM dalam kenyataannya hari itu berkata bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota laskar kanan ke bawah melaksanakan rondaan maritim rutin di kawasan perairan negara.

Bot itu kemudian ditemui pasukan pencari dan penyelamat di 90 batu nautika dari timur Kuantan, Pahang pada 22 Mei lalu.

Pada 23 Mei Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata kerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak merupakan antara punca awal dikenal pasti penyebab bot itu terputus hubungan.

Bagaimanapun beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenainya.

Mohamad Imran berkata insiden berkenaan tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan kerana ia melibatkan keselamatan anggota yang menjaga perairan negara.

Katanya, kerajaan sepatutnya membekalkan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk kegunaan Anggota Tentera Malaysia agar kerja menjaga dan melindungi negara ini dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.

Pada masa sama, Mohamad Imran mendakwa, aset pertahanan negara ketika ini boleh dianggap ketinggalan zaman.

“Jika pesawat kegunaan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor boleh ditukar ganti dengan nilai yang tinggi, tidak ada sebab peralatan tentera boleh diabaikan,” katanya.

Mohamad Imran berkata, turut perlu dibimbangi ialah tempoh untuk bot berkenaan ditemui, iaitu 51 jam yang dianggapnya agak lama.

Sepatutnya, kata beliau, pegawai yang sudah terlatih pada bot tersebut dapat melakukan sesuatu.

“Namun yang paling musykil ialah, apakah semua ini hanyalah alasan pihak kerajaan untuk menutup kelemahan pertahanan negara yang dilihat lemah?” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5gWID

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?

Itulah artikel ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/alat-komunikasi-rosak-atau-aset.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ALAT KOMUNIKASI ROSAK ATAU ASET PERTAHANAN LEMAH?"

Catat Ulasan

Loading...