Loading...
Tajuk : Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar
link : Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar
Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar
JOHOR BAHRU: Alamat sebuah syarikat di Johor Bahru seperti yang difailkan dalam pengisytiharan seorang pelobi Amerika Syarikat baru-baru ini merupakan sebuah kedai tayar.
Bangunan pejabat itu juga tidak tertera apa-apa papan tanda syarikat bernama Godfrey Group Limited, seperti yang difailkan bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, dalam borang rasmi kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ) bagi menyatakan ia menerima sejumlah wang daripada syarikat itu.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan Nardone menerusi syarikatnya The 45 Group menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey Group yang mewakili kerajaan Malaysia.
Bayaran itu didakwa untuk khidmat melobi pentadbiran Trump bagi pihak kerajaan Malaysia.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Putrajaya semalam, yang berkata ia tidak pernah melantik mana-mana syarikat untuk melobi kepentingan Malaysia di AS.
“Pejabat Perdana Menteri mahupun kerajaan Malaysia tidak pernah mengarah, melantik atau memberi kontrak dalam sebarang bentuk kepada Godfrey Group Ltd, The 45 Group atau Healy Baumgardner-Nardone,” kata kenyataan oleh setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Di bawah undang-undang AS, sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada DoJ, di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing.
Menurut borang yang difailkan Nadone, bayaran tersebut dibuat pada 9 Mei 2017.
Di samping alamat di Johor Bahru, ia juga memberikan alamat Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat Godfrey Group Ltd tidak wujud, sebaliknya terdapat sebuah syarikat yang hampir serupa namanya didaftarkan, dimiliki seorang lelaki Cina berusia 70 tahun. #sumber
Thus Article Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar
Itulah artikel Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/alamat-johor-bahru-dalam-borang-pelobi.html
0 Response to "Alamat Johor Bahru Dalam Borang 'Pelobi Trump' Adalah Kedai Tayar"
Catat Ulasan