Loading...
Tajuk : Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan
link : Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan
Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan
TELUK INTAN: Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran, meraih kemenangan sulungnya apabila menjuarai Kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 di litar Stadium Mini Teluk Intan di sini semalam.
Ahmad Afif, 22, menamatkan perlumbaan 20 pusingan itu dengan catatan 17 minit 43.660 saat menewaskan pesaingnya, Ahmad Fazli Sham, 35, yang ketinggalan 4.668 saat, manakala Azhar Abd Jalil dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing pula ketiga selepas mencatat 17:51.257s.
Selepas empat pusingan, Ahmad Afif mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 51 mata, satu mata mengatasi Kasma Daniel Kasmayudin yang tidak beraksi pada pusingan ini kerana menyertai perlumbaan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Le Mans, Perancis.
Ahmad Afif, anak kelahiran Terengganu itu berkata beliau bersyukur dapat menaiki podium utama buat kali pertama musim ini walaupun saingan begitu mencabar.
"Saya anggap kejayaan hari ini sebagai rezeki kerana pelumba lain tidak kurang hebatnya, namun saya mendapat catatan yang baik pada perlumbaan ini kerana menggunakan jentera yang baik dan bermula di barisan hadapan," katanya.
Sementara itu, juara kategori CP115, Mohd Akid Aziz, 19, dari Petronas Sprint Yamaha Maju Motor yang memulakan saingan di petak kedua, mempamerkan aksi cemerlang dan menjarakkan saingan perlumbaan dengan pelumba lain hingga ke garisan penamat.
Mohd Akid yang baru kembali dari menyertai latihan di Kem Master VR46, akademi milik juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi di Tavullia, Itali pada 10 hingga 14 Mei lalu, menggunakan pengalaman berharga itu untuk mencatat 14:06.897 saat, sekali gus mencipta hatrik kemenangan.
Katanya, sebaik saja beberapa pendahulu terjatuh pada awal perlumbaan itu, beliau tetap fokus hingga mendapat kelebihan 5 saat daripada pelumba tempat kedua.
"Sebaik nampak peluang, saya terus memecut dan mengekalkan rentak perlumbaan sehingga ke garisan penamat," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Tempat kedua dimenangi Mohd Hafiza Rofa dari pasukan Fahmy Capirex Racing Team dengan catatan 14:12.148s manakala tempat ketiga disandang Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ) yang mencatat 14:13.200s.
Bagi kategori Wira, Aiman Tahiruddin yang mewakili Petronas Sprint Yamaha-AfB Tech mengungguli perlumbaan dengan catatan 11:25.236s, menewaskan pesaingnya Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing Team) dengan perbezaan 0.892s manakala tempat ketiga diduduki Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing).
Selepas ini, pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 akan ke Litar MAEPS, Serdang, Selangor pada 15 dan 16 Julai. BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGrygL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan
Itulah artikel Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/ahmad-afif-takluk-cub-prix-teluk-intan.html
0 Response to "Ahmad Afif Takluk Cub Prix Teluk Intan"
Catat Ulasan