Tajuk : Acer Memperkenalkan Tablet 10-inci Dengan Panel Paparan Berteknologi Quantum Dot
link : Acer Memperkenalkan Tablet 10-inci Dengan Panel Paparan Berteknologi Quantum Dot
Acer Memperkenalkan Tablet 10-inci Dengan Panel Paparan Berteknologi Quantum Dot
Pada tahun ini, kita telah melihat Samsung mula menekankan penggunaan panel Quantum Dot pada televisyen mereka dalam menawarkan paparan yang lebih baik. Kini, Acer turut mengambil peluang, dan memperkenalkan tablet bersaiz 10-inci yang hadir diintegrasikan dengan panel paparan berteknologi Quantum Dot.
Tablet terbaru ini memfokuskan kepada multimedia, hadir dengan cip pemprosesan MediaTek, serta dilengkapi dengan empat speaker dan juga subwoofer terbina untuk pengalaman audio yang baik. Acer Iconia Tab 10 ini juga turut hadir Acer MediaMaster untuk mengawal pengalaman audio dan media berbeza untuk jenis video dan muzik.
Melengkapkan tablet ini juga adalah Android 7.0 Nougat, dan masa bertahan bateri sehingga 8 jam lamanya.
Selain daripada itu, Acer turut memperkenalkan Iconia One 10, yang mana menawarkan pengalaman produktiviti dengan kebolehan menghubungkan peranti berasaskan USB seperti tetikus dan storan. Ciri-ciri seperti multi-tetingkap melalui Android 7.0 turut hadir pada tablet ini.
Acer masih belum mengumumkan tarikh penawaran tablet ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiFwEL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Acer Memperkenalkan Tablet 10-inci Dengan Panel Paparan Berteknologi Quantum Dot
Anda sedang baca artikel Acer Memperkenalkan Tablet 10-inci Dengan Panel Paparan Berteknologi Quantum Dot dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/acer-memperkenalkan-tablet-10-inci.html
0 Response to "Acer Memperkenalkan Tablet 10-inci Dengan Panel Paparan Berteknologi Quantum Dot"
Catat Ulasan