Tajuk : Abil Takut Orang Muak Kalau Asyik Tayang Suami Di IG
link : Abil Takut Orang Muak Kalau Asyik Tayang Suami Di IG
Abil Takut Orang Muak Kalau Asyik Tayang Suami Di IG
BAGI pengikut setia Instagram pelakon serba boleh, Nabila Huda Suhaimi pastinya berasa sedikit pelik apabila sejak kebelakangan ini aktres itu jarang-jarang sekali berkongsikan gambar suaminya di akaun media sosialnya itu.
Ini kerana Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil sebelum ini sering kali tidak lokek berkongsikan momen-momen bahagianya bersama suami, Mohd Izwan Johar di Instagramnya.
Aktres berusia 33 tahun itu mempunyai alasan kukuh kenapa dia kini enggan selalu menayang wajah suaminya di media sosial.
Ini kerana menurut Abil dia enggan peminatnya merasa muak jikalau dia sering kali menayang kebahagiaan di laman sosial.
“Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa. Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah.
“Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat. Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya,” ujarnya memetik BH Online.
Selain berkongsi mengenai kerjaya dan teman baiknya, Instagram Abil juga tidak sunyi dengan pelbagai video dan gambar lucu dan ceria seorang lagi ‘teman baiknya’ iaitu anak tunggalnya, Keisha Laila dan dua ekor kucing peliharaannya yang tersangatlah comel dan aktif! – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8jB4a
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Abil Takut Orang Muak Kalau Asyik Tayang Suami Di IG
Anda sedang baca artikel Abil Takut Orang Muak Kalau Asyik Tayang Suami Di IG dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/abil-takut-orang-muak-kalau-asyik.html
0 Response to "Abil Takut Orang Muak Kalau Asyik Tayang Suami Di IG"
Catat Ulasan