Loading...

95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

Loading...
95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh
link : 95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

Baca juga


95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

SINTOK – Sebanyak 95 peratus kes sivil dan komersil di mahkamah-mahkamah di seluruh negara dapat diselesaikan mengikut tempoh masa ditetapkan, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan diselesaikan tidak sampai setahun selepas didaftar bagi mengelak kes tertangguh lama seperti sebelum ini.

“Kes sivil dan komersil ditetapkan untuk diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan…kini, tidak sampai 3,000 kes masih belum diselesaikan berbanding lebih 10,000 kes sebelum ini.

“Dari segi mengurangkan kes tertunggak, saya rasa kita berjaya melaksanakannya…cuma, masalah kita bagaimana untuk menyelesaikan baki kes lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

MoU itu dimeterai oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (KPMPM) yang diwakili Ketua Pendaftar Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dan UUM yang diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak. Turut hadir Hakim Utama Mahkamah Tinggi Alor Setar Datuk Hashim Hamzah.

MoU itu membolehkan KPMPM dan UUM menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan yang melibatkan perkhidmatan kehakiman dan perundangan, latihan berterusan dan pembelajaran.

Menjelas lanjut, Md Raus berkata bagi kes jenayah terutamanya yang melibatkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi, ia mesti diselesaikan dalam tempoh setahun manakala di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, masing-masing perlu diselesaikan dalam sembilan bulan.

“Sebelum kita buat perubahan ini, kes hukuman mati mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk tiba di Mahkamah Persekutuan,” jelas beliau.

Menurutnya satu perbincangan dengan Majlis Peguam telah diadakan bagi membincangkan bagaimana kes-kes di mahkamah dapat dipercepatkan dan berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk melaksanakannya.

Ketika berucap pada majlis itu, Md Raus berkata objektif utama MoU itu adalah untuk menjalinkan kerjasama yang dapat meningkatkan profesionalisme baik di pihak mahkamah dan universiti.

“MoU ini merupakan satu kerjasama strategik yang memberikan kebaikan kepada pegawai-pegawai mahkamah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan pembelajaran berterusan,” katanya.

MoU itu juga memberikan tumpuan kepada sembilan skop kerjasama antara kedua-dua pihak antaranya kemudahan penyelidikan dan perkongsian ilmu, penempatan pelajar dan anggota akademik secara sangkutan di mahkamah dan penggunaan kemudahan elektronik bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran.

Selain itu, ia menguntungkan pensyarah dan pelajar undang-undang yang ingin mendapatkan tunjuk ajar secara terus daripada hakim-hakim dan pegawai kehakiman, katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfceuI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

Itulah artikel 95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/95-peratus-kes-mahkamah-sivil-komersil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "95 Peratus Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh"

Catat Ulasan

Loading...