Tajuk : 7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017)
link : 7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017)
7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017)
Larangan penjualan krim Qu Gebu AP krim itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Senarai 7 jenama tempatan dikesan mengandungi racun berjadual.
- Qu Gebu AP
- Night Glowing
- Night Glow
- Glowing Speed Gold Day Cream
- Glowing Speed Gold Night Cream
- Nour Ain Night Cream
- Royal Expert Whitening Cream
Menurut Noor Hisham, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hidroquinon dan tretinoin.
Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidroquinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan.
Merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Malah ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Justeru, orang awam diminta berhenti segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Manakala, individu yang dikesan masih lagi menjual produk yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
Terdahulu, KKM pernah mengharamkan penjualan Qu Puteh Whitening Pro 9 selepas ujian mendapati krim pemutih ini mengandungi paras merkuri atau raksa, yang tinggi.
BACA INI JUGA:
sumber: mynewshub
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reqYcA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017)
Anda sedang baca artikel 7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017) dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/7-lagi-produk-kosmetik-beracun-dikesan.html
0 Response to "7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM (Siri 3/2017)"
Catat Ulasan