Loading...

5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan

Loading...
5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan
link : 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan

Baca juga


5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan


Jika di Muar, anda jangan pelik jika orang ramai bersarapan sate. Jika berada di pantai timur, jangan pelik jika orang bersarapan dengan nasi campur. Dan memang tak pelik kalau ramai kita lihat orang bersarapan roti canai dan teh tarik. Ia dah menjadi budaya masyarakat yang pelbagai latar belakang dan sedikit sebanyak mempengaruhi

Tidak kira orang tua, orang muda ataupun kanak-kanak semua pasti akan mengambil sarapan. Sarapan ni bukan sahaja satu budaya, tetapi juga merupakan satu keperluan yang kadang kala kerap diremehkan. 

Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan bersarapan akan memberikan manfaat dari segi kecergasan minda, menurunkan kadar kolesterol, menurunkan risiko sakit jangtung dan juga kencing manis.

Tapi di Malaysia, ianya bergantung juga kepada sarapan yang anda ambil. Kerana kebanyakan sarapan di Malaysia mempunyai kadar karbohidrat dan lemak yang tinggi. Sebaik-baik sarapan adalah sarapan yang seimbang nutrisinya.

Ok. Ini adalah 5 sebab kenapa kita mesti bersarapan.

Memberikan Tenaga
Selepas tidur selama 5-6 jam, badan kita akan kehilangan banyak tenaga. Tenaga tersebut hendaklah di bekalkan secepat mungkin supaya semua sel dalam badan dapat berfungsi dengan baik.

Nak turunkan berat badan
Pernah dengan tak orang kata bahawa jika nak kurus, jangan lupa sarapan? Fakta ini ada betul nya. Orang yang bersarapan akan lebih mudah untuk patuh kepada diet yang dilakukan berbanding orang yang tidak bersarapan.

Elak makan berlebihan
Anda mungkin menyangka tiada masalah untuk menahan makan sarapan dan terus makan di waktu tengah hari. Ini secara langsung akan menyebabkan kita makan terlalu banyak di waktu tengah hari dan menyukarkan proses berdiet.

Lebih fokus
Apabila badan dah dapat tenaga yang diperlukan diwaktu pagi, kita akan dapat melaksanankan kerja-kerja yang diberikan dengan lebih tenang dan lebih fokus. Orang yang tidak bersarapan lebih sukar untuk fokus kerana perut yang kosong dan juga kekurangan tenaga. Ini adalah sangat penting terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan bersekolah.

Lebih Jimat
Makanan pada waktu sarapan biasanya lebih murah berbanding makanan yang dijual pada waktu tengah hari. Tambahan lagi, jika anda dah makan sarapan, pada waktu tengah hari anda akan makan lebih sedikit.

Jadi, sarapan memang penting untuk permulaan hari yang lebih baik untuk diri dan kesihatan anda. Tetapi jangan lupa untuk pilih sarapan yang seimbang ye .

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan boleh baca di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com



Thus Article 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan

Itulah artikel 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/5-sebab-kenapa-anda-tak-boleh-tinggal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan"

Catat Ulasan

Loading...