Loading...

Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke

Loading...
Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke
link : Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke

Baca juga


Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke


PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) --  Semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan sejak 2012 dibatalkan, demikian diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini. 

Pembatalan itu pula membabitkan 3.1 juta saman dengan nilai bayaran kira-kira RM435 juta. 

"Kerajaan juga bersetuju tidak akan menyambung kontrak syarikat pengendali AES yang akan tamat hujung bulan ini," katanya pada sidang media di sini, dan menambah bahawa pelaksanaan dan penguatkuasaan AES diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Sept ini.

Loke berkata pembatalan itu adalah bersifat one-off iaitu kerajaan tidak akan lagi memberi sebarang diskaun terhadap saman AES sepanjang penggal pemerintahan Pakatan Harapan. 

Beliau berkata daripada jumlah saman yang dikeluarkan hanya 18 peratus daripada mereka yang disaman tampil membuat bayaran dengan kutipan tidak lebih RM700,000.

Mengenai kemungkinan berlakunya penambahan kos operasi kepada JPJ berikutan pengambil alihan itu, Loke berkata perkara itu tidak dapat dielakkan. 

"Tetapi kita kena ingat, bayaran saman yang dikutip selepas ini akan masuk ke dalam akaun kerajaan berbanding yang dilaksanakan syarikat konsesi sebelum ini," katanya. 

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bagi menentukan hanya lokasi yang benar-benar diklasifikasikan sebagai kawasan kemalangan akan diletakkan dengan kamera pengawasan itu. 

"Kita juga belum dapat menentukan mengenai bilangan kamera AES yang akan dipasang, sama ada 1,000 buah seperti ditetapkan pengendali sebelum ini atau kurang daripada itu," katanya. 

-- BERNAMA


Thus Article Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke

Itulah artikel Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/semua-saman-aes-sejak-2012-dibatalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semua saman AES sejak 2012 dibatalkan - Loke"

Catat Ulasan

Loading...